Friday, March 16, 2018

Tiket makan malam Gala Miss Talent International Malaysia 2018 kini dijual

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- 28Mall.com mengumumkan prajualan tiket untuk Majlis Makan Malam Gala Miss Talent International Malaysia 2018, yang akan berlangsung pada 13 Mei ini.

Tiket boleh didapatkan secara dalam talian di laman web, www.MissTalentMalaysia.com sebelum 31 Mac.

Pengasas 28Mall.com dan pengerusi penganjur pertandingan itu, Fione Tan berkata pertandingan ini bertujuan untuk memperkenalkan bakat wanita Malaysia ke mata dunia.

"Ini bukan satu lagi pertandingan ratu cantik biasa kerana kami memberi tumpuan kepada bakat dan kecekapan dalam media sosial. Supaya pemenang boleh menjadi duta media sosial serta pengaruh utama untuk 28Mall dan jenama serta penaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 100 pembeli tiket makan malam gala terawal akan menerima hadiah dan baucer, manakala, bagi penaja meja akan mendapat iklan pemasaran dalam talian secara percuma bernilai RM20,000 untuk membina penjenamaan dalam talian.

Pertandingan Miss Talent International Malaysia menawarkan wang tunai dan hadiah bernilai RM200,000. Dua pemenang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Hong Kong pada akhir Mei.

No comments:

Post a Comment