Tuesday, March 6, 2018

TINJAUAN BROADSOFT MENUNJUKKAN 74 PERATUS PERUSAHAAN BERCADANG UNTUK MELAKSANAKAN KOMUNIKASI AWAN DALAM DUA TAHUN AKAN DATANG

Perusahaan percaya bahawa UCaaS memenuhi keutamaan transformasi digital teras mereka; meningkatkan produktiviti kerjasama, penglibatan pelanggan dan keberkesanan IT.


GAITHERSBURG, Md., 6 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tinjauan oleh BroadSoft, Inc.kini sebahagian daripada Cisco dan peneraju global dalam perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) untuk panggilan, mesyuarat, pesanan dan pusat hubungan awan mendapati bahawa 74% perusahaan bercadang untuk menerima pakai UC awan dalam 24 bulan akan datang.

Dapatan tersebut diperolehi daripada Tinjauan Kerjasama Awan BroadSoft, kajian yang melibatkan lebih daripada 1,000 pembuat keputusan IT bagi perusahaan global (AS, UK, Brazil, Jerman, Perancis, Australia dan New Zealand) dalam pelbagai sektor.

“Pasaran panggilan, mesyuarat, pesanan dan khidmat pelanggan kerjasama awan sedang berkembang dengan pesat dan rakan kongsi kami berupaya untuk memenuhi keperluan dan permintaan perusahaan yang ditunjukkan dalam tinjauan untuk keselamatan dan kebolehpercayaan, dan juga perkhidmatan rangkaian tergabung serta penyepaduan mudah alih mendalam,” kata Michael Tessler, presiden dan ketua pegawai eksekutif BroadSoft. “Persaingan semakin sengit dan pemasaan sangat penting untuk membawakan tawaran produk dan strategi digital yang berkesan ke pasaran dalam 24 bulan seterusnya semasa pilihan pembelian dilakukan.”

Dapatan jelas menunjukkan bahawa UC awan kini merupakan komponen teras bagi strategi transformasi digital untuk banyak perusahaan. Menurut responden, penyelesaian komunikasi awan menyediakan kelincahan yang lebih tinggi dan kurang memerlukan naik taraf (78 peratus), mengurangkan usaha pengendalian IT (70 peratus) dan meningkatkan mudah alih untuk komunikasi kerja jarak jauh (69 peratus).

Evolusi awan dijangkakan membawa teknologi termaju. Pembuat keputusan IT menilai kecerdasan konteks dan kebolehan untuk melihat semua dokumen yang relevan dan sejarah komunikasi pada masa nyata sebagai penting (75 peratus). Analisis lanjutan untuk pemantauan prestasi dan produktiviti (73 peratus) dan kecerdasan buatan (62 peratus) juga dianggap penting.

Untuk bersedia membuat peralihan, jelas bahawa perniagaan juga menilai semula cara mereka membeli pada hari ini. Responden mempunyai tiga permintaan utama untuk penyelesaian UC awan mereka: tawaran bersepadu dan tergabung (70 peratus), pengalaman pengguna yang cemerlang (78 peratus) dan boleh dipercayai. Pembeli menitikberatkan keselamatan (80 peratus), kawalan (78 peratus) dan kualiti (70 peratus).

Tinjauan penyedia perkhidmatan oleh BroadSoft baru-baru ini di BroadSoft Connections 2017 berkongsi maklumat tambahan tentang pemerhatian terhadap pasaran komunikasi awan dan peluang perniagaan tanggapan.

Untuk melihat dapatan penuh Tinjauan Kerjasama Awan BroadSoft, klik di sini.

Metodology Tinjauan

BroadSoft menjalankan tinjauan terhadap 1,005 pembuat keputusan IT bagi perusahaan daripada tujuh negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Brazil, United Kingdom, Jerman dan Perancis pada suku keempat tahun 2017. Responden mewakili perniagaan daripada pelbagai saiz dan jenis industri. BroadSoft ialah peneraju pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk UCaaS.

Perihal BroadSoft:

BroadSoft yang kini sebahagian daripada Cisco merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kerjasama pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia khidmat merentas 80 negara. Kami menyasarkan untuk mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja demi untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | BroadSoft Blog

Hubungan Media:

Niaobh Levestam, BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com

Erin Knapp, Matter untuk BroadSoft
617-502-6546 
broadsoft@matternow.com

Hubungan Pelabur:
Chris Martin
+1-561-404-2130
cmartin@broadsoft.com 


SUMBER : BroadSoft, Inc.

No comments:

Post a Comment