Friday, March 2, 2018

EFINIX™ KELUARAN PLATFORM BOLEH ATUR CARA TRION™

SANTA CLARA, Calif., 1 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix™, inovator dalam platform dan teknologi produk boleh atur cara (FPGA, Field Programmable Gate Array) hari ini mengumumkan pengeluaran platform boleh atur cara Trion™. Platform Trion berasaskan teknologi boleh atur cara Quantum™ daripada Efinix, yang terdiri daripada logik, penghalaan, memori terbenam dan blok DSP. Lapan FPGA yang pertama dalam platform Trion telah dibina berdasarkan proses 40nm SMIC (Semiconductor Manufacturing International Corporation). Rangkaian product Trion™ terdiri daripada 4K hingga 150K elemen logik (LE) serta menyokong antara muka standard seperti GPIO, PLLs, pengayun, MIPI, DDR, LVDS, antara yang lain. Platform Trion™ disokong sepenuhnya oleh Persekitaran Reka Bentuk Bersepadu (IDE) Efinity™ daripada Efinix™.

“Produk awal Trion ini merupakan demonstrasi pertama untuk platform Quantum FPGA,” Menurut kata Pengasas Efinix, CTO dan Sr. VP Kejuruteraan Tony Ngai. “FPGA kini sering dilabelkan sebagai kuasa dahaga, mahal dan sukar diatur cara. FPGA Trion ini bertujuan untuk memulihkan kelebihan asal FPGA, antaranya termasuk mudah untuk diguna, masa ke pasaran yang singkat untuk sistem pelanggan, kuasa rendah dan harga berpatutan untuk pengeluaran yang tinggi.”

“Saya teruja menyaksikan idea baharu dalam inovasi seni bina FPGA diimplikasikan dalam platform produk yang sebenar. Yang paling menakjubkan adalah Efinix menyempurnakan pengeluaran pertama syarikat dalam masa 10 bulan selepas memperolehi Kit Reka Bentuk Fizikal (PDK) daripada SMIC,” kata Rich Sevcik, bekas timbalan presiden eksekutif dan ahli lembaga pengarah Xilinx, salah satu daripada pelabur bagi Efinix™. “Perikatan dengan SMIC China, salah satu  syarikat faundri yang terunggul dalam penghasilan volum tinggi akan memberi manfaat kepada Efinix, terutamanya dalam pelancaran platform Trion di pasaran negara China yang mempunyai penggunaan produk FPGA yang tertinggi.”

FPGA Trion memberikan kelebihan 4X Kuasa-Prestasi-Saiz berbanding dengan FPGA lain kerana produk ini dibina dengan menggunakan kelebihan unik teknologi boleh atur cara Quantum. Produk Trion mempunyai kelebihan dalam pasaran FPGA seperti mudah alih, IoT, pengguna umum, industri dan perubatan.Produk  ini dijangka akan menyinar dalam pelbagai pasaran yang berkembang pesat, seperti pengkomputeran pinggir yang menggabungkan pengiraan kelajuan, analisis, inferens pembelajaran mendalam dan logik melalui peranti pinggir. Untuk maklumat lanjut tentang  platform Trion, layari www.efinixinc.com/trion.

“Kami bersyukur kerana mempunyai pelanggan prabayar yang menunggu produk FPGA Trion awal kami, merupakan  kali pertama dalam industri FPGA,” kata Sammy Cheung, pengasas , CEO dan presiden Efinix. “Disebabkan oleh kelebihan produk Trion, pelanggan-pelanggan berminat kami tidak sabar untuk menggunakannya FPGA Trion sebagai pilihan pengeluaran volum tinggi dalam sistem mereka. Tambahan lagi, FPGA Trion yang mempunyai  kuasa rendah dan tawaran pakej faktor bentuk kecil yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk mencipta produk inovasi dan aplikasi baharu yang tidak boleh dicapai oleh FPGA tradisional.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10896

No comments:

Post a Comment