Friday, March 30, 2018

LAPORAN PENERBANGAN PERIBADI BAHARU MENDEDAHKAN KEUTAMAAN PENERBANG KAYA DAN ELIT PERNIAGAAN

Wealth-X dan VistaJet Mempersembahkan Laporan Perjalanan Pesawat: Perspektif Global tentang Individu yang Terbang Secara Peribadi dan Caranya


LONDON, 30 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini Wealth-X, peneraju global dalam maklumat dan pemahaman kekayaan, serta VistaJet, syarikat penerbangan peribadi global yang pertama dan tunggal, telah mengeluarkan analisis berpusatkan-pelanggan yang pertama dalam industri penerbangan peribadi. Laporan Perjalanan Pesawat: Perspektif Global tentang Individu yang Terbang Secara Peribadi dan Caranya menyediakan pemahaman unik dalam profil penerbang peribadi di seluruh dunia, cara mereka terbang dan perkara yang paling penting pada mereka.

Untuk memuat turun laporan penuh, sila lawati: vistajet.com/TheJetTravelerReport

Penerbangan peribadi kian membangun. Namun populasi global UHNW dan kumpulan pesawat dunia tidak meningkat pada kadar yang sama, menyerlahkan bahawa bukan semua orang yang selalu terbang secara peribadi mempunyai kapal terbang. Kebanyakan pembangunan datang daripada peningkatan dalam penyelesaian penerbangan yang lain, termasuk program keahlian, pemilikan pecahan dan charter atas permintaan, membenarkan individu mengakses kumpulan pesawat peribadi mengikut keselesaan mereka.

Wealth-X memanfaatkan pangkalan data dosier antarabangsanya terhadap individu UHNW (dengan nilai bersih $30 juta atau lebih) untuk memprofilkan penumpang yang menggunakan kaedah berbeza untuk terbang. Suara penerbang telah dihidupkan dalam laporan melalui temubual mendalam dengan pakar, untuk mengetahui cara mereka bergerak dan sebabnya.

Untuk membandingkan jenis penerbang yang berbeza, Laporan Perjalanan Pesawat mengklasifikasikan penumpang UHNW kepada tiga kumpulan:
  • Pemilik: Memiliki kapal terbang atau sebahagian daripadanya;
  • Ahli: Ahli program penerbangan peribadi;
  • Khalayak UHNW yang lebih besar: Mereka yang menggunakan pelbagai kaedah untuk terbang, termasuk charter peribadi dan kapal terbang komersial.
“Dengan mengenalpasti individu ini dan memahami cara dan sebab mereka terbang, kami mendapat pemahaman yang jelas tentang pilihan yang mereka ada dan tipologi yang ada dalam pasaran,” kata Winston Chesterfield, Pengarah, Penyelidikan Tersuai Wealth-X.  “Ia tidak selalunya disebabkan oleh perkara kecil seperti kekayaan peribadi– sebenarnya, ramai pemilik juga merupakan ahli program penerbangan peribadi. Ia merupakan perkara biasa untuk yang ultra kaya untuk menggunakan lebih daripada satu cara untuk terbang, bergantung kepada keperluan mereka.”

Semasa pemimpin perniagaan dan populasi UHNW dibentangkan dengan sejumlah besar pilihan, VistaJet dan Wealth-X telah mengenalpasti lima faktor utama yang mempengaruhi cara mereka memilih untuk terbang:
  1. Kemaksimuman masa
  2. Kawalan
  3. Pencerapan keselamatan
  4. Peringanan risiko
  5. Tanggapan nilai
Setiap penyelesaian penerbangan kemudiannya akan dinilai secara objektif terhadap keperluan-keperluan ini, untuk mencipta indeks yang menyediakan pendekatan diperkemas untuk membandingkan pilihan penerbangan daripada perspektif pelanggan.

Penemuan utama laporan termasuklah:
  • Purata kekayaan Pemilik dan Ahli adalah tidak berbeza, masing-masing pada $1.5 bilion dan $1.16 bilion – sesetengah menilai tahap fleksibiliti yang lebih tinggi dengan akses pada keseluruhan kumpulan pesawat daripada membeli satu kapal terbang;
  • Peralihan meluas daripada pemilikan penuh atau pecahan – ketika susut nilai kapal terbang dijangkakan untuk kekal tinggi untuk kebanyakan model kapal terbang, nilai telah diletakkan lebih pada keperluan penerbangan, daripada pemerolehan aset;
  • Peningkatan permintaan untuk perjalanan yang lebih lama dan kabin yang lebih besar – 85% perbelanjaan pesawat perniagaan baharu dalam lima tahun seterusnya dijangkakan untuk kapal terbang bersaiz ini;
  • Peningkatan pelanggan generasi yang lebih muda, di semua rantau – pendekatan baharu mereka terhadap cara mereka mengakses perkhidmatan akan terus memacu inovasi di dalam industri.
“Di VistaJet, kami meletakkan pelanggan kami di teras semua yang kami lakukan. Apabila Ahli menyertai Program kami, kami mula membina profil keutamaan yang kami akan terus kayakan pada setiap penerbangan. Ini mungkin kedengaran biasa, tetapi infrastruktur perlu memberikan tahap perkhidmatan yang pelanggan kami jangkakan dalam setiap penerbangan yang sangat sofistikated, merentasi 187 negara, 1,600 lapangan terbang dalam notis 24 jam,” jelas Ian Moore, Ketua Pegawai Komersial di VistaJet. “Tanggapan perkhidmatan juga telah berkembang – ia mungkin tentang hiburan atas kapal apabila bergerak dengan kanak-kanak atau ia mungkin tentang penyelesaian untuk memastikan privasi mutlak ketika perjumpaan perniagaan. Setiap penerbangan adalah berbeza dan pelanggan memerlukan fleksibiliti yang maksimum semasa merasai tahap perkhidmatan paling tinggi.”

Laporan Perjalanan Pesawat menjawab soalan tentang individu yang terbang secara peribadi dan cara untuk mengenalpasti tipologi utama penerbang peribadi, termasuk individu yang mencari kawalan penuh, yang mahu terhubung secara lancar pada bila-bila masa dan penerbang sesekali. Laporan ini juga termasuk tinjauan pada trend makro paling penting yang akan membentuk industri pesawat peribadi - masa depan penerbangan perniagaan kelihatan menyerlah namun bukan semua akan berkongsi pertumbuhannya secara sama rata.

Sebagai hasil pelaburan dan pembangunan selama 14 tahun, VistaJet merupakan salah satu syarikat paling bersepadu secara teknologi dalam penerbangan perniagaan. Sebagai tambahan pada Program keahlian utama, penyelesaian digital baharu VistaJet, Direct, menawarkan pelanggan perkhidmatan bersepadu lengkap sepenuhnya melalui aplikasi dan laman webnya. Berikutan daripada pelaburan daripada Rh̫ne Capital tahun lepas, VistaJet telah menjadi satu daripada lima teratas Eropah Рdan Unikorn pertama Malta Рdengan ekuiti dinilai melebihi $2.5 bilion. Syarikat berada di tempat terbaik untuk menguasai lebih banyak saham pasaran dengan memberikan liputan global dan perkhidmatan konsisten tanpa tandingan.

Maklumat :
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com
Michael Phillips | Wealth-X | T : +1 646 861 7296 |press@wealthx.com

Foto untuk pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8deddf9c-4a12-4d93-8e2e-22f889fee5a6
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a424abdc-df90-4bb8-bbf7-de7ad728ff7c

SUMBER : VistaJet Ltd

No comments:

Post a Comment