Thursday, March 22, 2018

PENERIMA UNTUK ANUGERAH KREATIF GATSBY KE-12 DIPUTUSKAN

Satu daripada Festival Terbesar untuk Hasil Kerja Kreatif Pelajar di Asia!

OSAKA, Jepun, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mandom Corporation (Ibu Pejabat: Osaka) (TOKYO: 4917) mengadakan penghakiman terakhir untuk ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12 pada Sabtu, 10 Mac, di Shibuya, Tokyo. Anugerah-anugerah ini adalah di antara yang terbesar untuk menyokong hasil kerja kreatif pelajar di Asia.
Sejumlah 2,333 projek telah dikemukakan daripada pelajar di dua belas buah negara dan wilayah di seluruh Asia. Ketika finalis dalam setiap kategori berkumpul, mereka menawarkan rangsangan kreatif di antara satu sama lain, dan ketika pertukaran di antara mereka semakin mendalam, panel pakar hakim-hakim di dalam setiap bidang, termasuk Terry Ito di antara mereka, telah memilih pencipta pelajar nombor satu, dan juga mengambil kira undi penonton, daripada kalangan tujuh kategori yang ditaja.
Lihat laman web rasmi di https://award.gatsby.jp/12/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12
Disediakan oleh "GATSBY," sebuah jenama kosmetik lelaki dengan kehadiran yang mantap di seluruh Asia, ANUGERAH KREATIF GATSBY di peringkat permulaan bermula sebagai "Anugerah Pelajar CM GATSBY" pada tahun 2006 daripada keinginan syarikat itu untuk menyediakan sebuah forum bagi pelajar untuk menyatakan dan memaparkan bakat kreatif mereka. Kini dalam tahun kedua belas, acara itu melibatkan peserta dari dua belas buah negara dan rantau yang berbeza di Asia, menjadikannya yang terbesar dalam sejarahnya.

Pemenang dalam Setiap Kategori
KOMERSIAL: ISLAM LUTHFI SYAIFUL (Indonesia)
KESENIAN: LEUNG SZE YAN (Hong Kong)
TARIAN: Takumi Kuwahara (Jepun)
MUZIK: Ren Shimonagane (Jepun)
FESYEN: Aya Sato (Jepun)
TELEFON PINTAR: Hazumi Tsuchiya (Jepun)
GAYA RAMBUT: Ryo Matsuoka (Jepun)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10955


No comments:

Post a Comment