Keupayaan Berbilang Jalur MIPS,
kepimpinan dalam teras pemproses 64-bit dan kekukuhan ekosistem dan
persekitaran alat pembangunan menarik minat peneraju pasaran AI
Wave
Computing (Wave), Mobileye Vision Technologies Ltd (Mobileye), NetSpeed
Systems Inc. (NetSpeed), Fungible Inc., ThinCI Inc. (ThinCl) dan
kumpulan syarikat Denso, NSITEXE (NSITEXE), antara lain, memanfaatkan
teras pemproses 64-bit MIPS dengan Berbilang Jalur dalam aplikasi AI
SANTA CLARA, Calif., 9 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- MIPS,
penyedia seni bina pemproses MIPS dan teras IP yang banyak digunakan,
hari ini mengumumkan bahawa perkakasan teras pemproses Berbilang Jalur
telah diterima dengan meluas oleh syarikat teknologi peneraju dalam
membangunkan penyelesaian Kecerdasan Buatan (AI). Terbaru, Wave
Computing® menerima pakai teras MIPS untuk digunakan dalam
penyelesaian pembelajaran mendalam generasi mendatang untuk
mengendalikan pengurusan peranti dan fungsi kawalan, termasuk sistem
pengendalian masa nyata (RTOS) dan subsistem sistem-atas-cip (SoC).
Teras terbenam MIPS akan meningkatkan teknologi aliran data inovatif
Wave yang akan mendayakan pemprosesan yang pantas dan efisien bagi graf
rangkaian neural.
“MIPS merupakan peneraju yang kukuh bagi teras
terbenam 64-bit di dunia dan sentiasa memberikan penyelesaian terkini
yang memacu produk perintis. Hari ini, teras kami menjadi nadi bagi
beberapa reka bentuk yang paling inovatif di dunia yang memacu
pertumbuhan AI,” kata David Lau, Timbalan Presiden Kejuruteraan MIPS.
“Perkakasan teknologi Berbilang Jalur kami membezakan kami daripada yang
lain. Keberkesanan dan kebolehpanjangan seni bina pemproses kami amat
sesuai untuk pembelajaran mendalam dan AI. Ketika memfokuskan pada
kemahiran teras kami, kami komited untuk menggerakkan pembangunan bagi
kemunculan aplikasi cerdas.”
Derek Meyer, CEO Wave Computing,
mengulas, “Seni bina pemproses 64-bit MIPS akan mendayakan kami untuk
menyokong keperluan julat alamat ingatan untuk aplikasi AI generasi
mendatang, sementara keupayaan Berbilang Jalurnya mendayakan masa nyata
yang lebih pantas dan pengurusan tugas agen perisian aliran data kami
yang lebih efisien. Tambahan lagi, ekosistem dan persekitaran alat
pembangunan MIPS adalah sesuai untuk aplikasi yang berkembang pesat
seperti AI.”
Apabila kerumitan reka bentuk dan jejak perisian
terus meningkat, reka bentuk MIPS 64-bit telah digunakan dalam beberapa
pusat data yang lebih besar, menghubungkan peranti pengguna, produk
rangkaian dan kemunculan aplikasi AI. Sebagai tambahan kepada Wave,
syarikat termasuk Mobileye, Fungible, ThinCI dan DENSO, antara lain,
menggunakan teras pemproses MIPS 64-bit semasa mereka membangunkan
penemuan aplikasi AI.
“MIPS dicipta oleh pelopor seni bina CPU
dan ia telah memberikan impak besar dalam penciptaan pelbagai industri
di Silicon Valley daripada permainan ke perusahaan rangkaian sehingga ke
pemanduan berautonomi" said Sundari Mitra, CEO NetSpeed. "Dasar seni
bina dan keanggunan berbilang jalur menjadikannya pilihan yang ideal
untuk sesetengah aplikasi generasi mendatang seperti pembelajaran mesin
dan AI. Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan Dado Banatao, MIPS akan
berkembang ke aras yang lebih tinggi. NetSpeed menunggu untuk menjadi
rakan kongsi aktif dalam pergerakan ini.”
Seni bina MIPS64 terus
digunakan dalam pelbagai aplikasi daripada ADAS dan kotak atas set pada
aplikasi infrastruktur rangkaian dan telekomunikasi. Ia membekalkan asas
prestasi tinggi yang kukuh untuk pembangunan berasaskan pemproses MIPS
untuk masa depan dengan menggabungkan ciri berkuasa, keupayaan kemayaan
perkakasan, menyeragamkan arahan mod istimewa, menyokong ISA yang
sebelumnya dan menyediakan laluan naik taraf yang lancar daripada seni
bina MIPS32.
Kerjasama
kami dengan MIPS telah memainkan peranan yang penting dalam
pelbagai generasi SoCs Mobileye's EyeQ® untuk sistem pemanduan
berautomasi yang telah membantu kami untuk mencapai keberkesanan
prestasi terbaik dalam kelas secara konsisten. Dalam EyeQ5, Mobileye
memanfaatkan gugusan pengiraan heterogen 64bit terbaru daripada CPU MIPS
berbilang teras berbilang jalur, yang berprestasi tinggi dan sangat
berkesan," kata Elchanan Rushinek, Timbalan Presiden, Kejuruteraan di
Mobileye. "Teras I6500-F daripada MIPS telah membantu kami untuk
mencapai aras baharu dalam prestasi, membuka platform kami dan memenuhi
matlamat keselamatan fungsian kami yang tiada kompromi.”
“Adalah
sangat mengujakan bagi industri untuk melihat MIPS menulis bab
seterusnya dalam sejarah cerita mereka dan kami gembira bahawa mereka
telah meletakkan penekanan istimewa pada pembelajaran mesin,"
kata Dinakar Munagala, CEO ThinCI. "Beban kerja pengkomputeran dalam
pembelajaran mendalam meletakkan permintaan baharu pada seni bina
pengkomputeraan yang kukuh dan MIPS mempunyai teknologi penting dalam
bidang pemprosesan masa nyata dan berbilang jalur. Kami teruja untuk
meneroka kerjasama dengan MIPS pada penyelesaian baharu mereka untuk
pengkomputeran heterogen dan seni bina koheren.”
Ogos yang lepas,
kumpulan syarikat Denso, NSITEXE, Inc mengumumkan bahawa mereka
melesenkan CPU MIPS terbaru untuk memacu pemprosesan elektronik dalam
kenderaan yang dipertingkatkan. Hideki Sugimoto, NSITEXE, Inc. CTO,
telah dipetik semasa berkata, “Kami teruja untuk meneroka teknologi yang
sangat berbezayang dibina untuk pemproses MIPS yang kami percaya dapat
memberi kesan positif yang signifikan terhadap prestasi, keberkesanan,
dan kebolehpercayaan generasi mendatang dalam elektronik dalam
kenderaan. Kami mengambil projek ini dengan matlamat untuk
mempercepatkan inovasi industri di sekitar pemprosesan yang
dipertingkatkan untuk sistem automotif.”
“Beban kerja berskala
moden untuk analitis, pembelajaran mesin dan aplikasi data besar lain
merupakan rangkaian yang cukup berat,” kata Pradeep Sindhu, CEO
Fungible. “Seni bina Berbilang Jalur Serentak MIPS adalah teknik penting
untuk memastikan beban kerja seperti ini berjalan dengan berkesan
seperti yang dianggarkan oleh arahan per jam CPU atau IPC. Kami telah
melihat keberkesanan ini diterjemahkan secara langsung ke kawasan yang
lebih kecil serta kuasa yang lebih rendah untuk pelaksanaan silikon
berasaskan MIPS.”
Perihal MIPS
MIPS
adalah penyedia utama seni bina pemproses dan teras IP yang memacu
beberapa produk yang paling popular di dunia. Dengan seni bina RISC MIPS
dan teras CPU yang diperkemas, pelanggan boleh membina produk yang
berkecekapan tinggi, boleh skala dan dipercayai di pelbagai titik
prestasi - daripada IoT terkini ke peralatan rangkaian mewah dan semua
yang di antaranya. MIPS menerajui industri dengan keupayaan Berbilang
Jalur untuk prestasi dan keberkesanan aplikasi yang optimum. Diasaskan
pada tahun 1984 sebagai MIPS Computer Systems Inc. oleh penyelidik dari
Stanford University, MIPS hari ini adalah sebuah syarikat bebas yang
memberi tumpuan kepada memproses inovasi untuk generasi baharu bagi
peranti cerdas dan tersambung. Reka bentuk MIPS telah dihantar dalam
berbilion unit di seluruh dunia dan telah mencapai pinggir luar sistem
solar kita. Syarikat ini beribu pejabat di Santa Clara, California dan
mempuntai pejabat di seluruh dunia. www.mips.com
Ikuti MIPS di Twitter, LinkedIn, Facebook dan baca Blog kami.
MIPS dan logo MIPS ialah tanda dagangan MIPS di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Wave Computing® dan WaveFlow™ ialah tanda dagangan Wave Computing, Inc. Semua tanda dagangan lain adalah milik pemilik masing-masing.
Hubungan Media:
Corridor Communications Inc.
Phyllis Grabot, +1 805.341.7269
Bonnie Quintanilla, +1 818.681.5777
info@corridorcomms.com
SUMBER : MIPS Tech
No comments:
Post a Comment