Wednesday, March 7, 2018

PROGRAM PERTUKARAN PEGAWAI DAN PROGRAM PENEMPATAN PEGAWAI (INTERNSHIP)

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) sentiasa membuka ruang kepada badan jaminan kualiti dari negara lain untuk berkongsi kepakaran bersama-sama MQA.  Di samping itu, MQA juga berbesar hati menerima penyertaan program pertukaran pegawai dan program penempatan pegawai dari badan jaminan kualiti antarabangsa sebagai kolaborasi jaminan kualiti pendidikan tinggi.

Baru-baru ini MQA telah menerima pegawai bagi sesi internship yang berlangsung dari 26 Februari hingga 2 Mac 2018 melibatkan peserta dari lima buah negara iaitu Badan Akreditasi Nasional, Perguruan Tinggi, Indonesia, Samoa Qualifications Authority, Tertiary Education Commission Mauritius, Mauritius, NIAD-QE Jepun dan Tonga National Qualifications Authority.  Program pertukaran pegawai melibatkan empat orang pegawai dari Higher Education Evaluation and Accredition Council (HEEACT) turut diadakan dari 26 Februari hingga 28 Februari 2018.

Program ini memberi peluang kepada MQA untuk meningkatkan visibiliti di peringkat antarabangsa melalui perkongsian amalan jaminan kualiti dalam kalangan badan jaminan kualiti lain di peringkat serantau dan antarabangsa. Pengisian program ini meliputi sesi taklimat berkaitan amalan jaminan kualiti MQA dan peserta berpeluang untuk menjadi pemerhati bagi lawatan penilaian akreditasi yang dilaksanakan oleh MQA.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10913

No comments:

Post a Comment