Saturday, March 24, 2018

CLOUDFLARE MENGUMUMKAN MOBILE SDK UNTUK MEMANTAU PRESTASI RANGKAIAN APLIKASI

Penyelesaian percuma baharu memberikan analisis rangkaian kepada mana-mana pembangun aplikasi mudah alih

SAN FRANCISCO, 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat peneraju prestasi dan keselamatan Internet hari ini mengumumkan Mobile SDK Cloudflare, penyelesaian percuma yang membolehkan sebarang pembangun aplikasi mudah alih memahami prestasi dan metrik rangkaian.

Pelanggan kecewa dengan aplikasi mudah alih yang perlahan, ranap atau memberikan ralat yang memburukkan pengalaman pengguna. Bagi pembangun aplikasi mudah alih, pengalaman pengguna yang buruk bermakna ulasan juga buruk, penggunaan lebih rendah dan penukaran metrik perniagaan juga berkurangan.

Prestasi aplikasi yang konsisten memerlukan fokus pada setiap aspek dalam proses: kod aplikasi, panggilan rangkaian antara aplikasi dan pinggir rangkaian serta infrastruktur pelayan. Terdapat beberapa penyelesaian yang memberikan analisis untuk aplikasi pembangun, tetapi belum ada cara untuk memahami berapa kerap aplikasi gagal disebabkan ralat rangkaian.

Pembangun aplikasi boleh menyepadukan Mobile SDK Cloudflare bersama aplikasi mudah alih mereka dengan mudah untuk melihat prestasi dan ralat rangkaian mereka di seluruh dunia. Mobile SDK Cloudflare ialah sampingan untuk alat pembangun sedia ada seperti Crashlytics, Rollbar, Sentry, Instabug dan lain-lain.

“Cloudflare fokus untuk membantu membina Internet yang lebih baik, daripada telefon bimbit hingga pelayan punca dan sebaliknya,” kata Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Kami mahu membantu pembangun aplikasi mudah alih untuk menjejak prestasi rangkaian dengan lebih mudah secara percuma, kerana hal ini baik untuk Internet.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10963

No comments:

Post a Comment