Friday, March 9, 2018

UJI BAKAT PERTANDINGAN MISS TALENT INTERNATIONAL 2018 KINI DIBUKA

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) – Uji bakat Pertandingan Miss Talent International 2018 kini dibuka kepada rakyat Malaysia, dengan pertandingan menawarkan wang tunai dan hadiah bernilai RM200,000.

Pemegang lesen bagi pertandingan itu, 28Mall.com, berkata, pemenang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa di Hong Kong pada Mei, kata syarikat, e1Net Sdn Bhd, dalam  satu kenyataan di sini, hari ini.

Fione Tan, pengasas 28Mall.com dan pengerusi penganjur Pertandingan Miss Talent International Malaysia 2018 berkata pertandingan itu bertujuan untuk memperkenalkan bakat wanita Malaysia kepada dunia.

"Ini bukan satu lagi pertandingan ratu cantik kerana kami memberi tumpuan kepada bakat dan kecekapan dalam media sosial peserta supaya pemenang boleh menjadi duta media sosial dan boleh menjadi orang yang dapat mempengaruhi untuk  28Mall dan jenama dan penaja kami," katanya.

Beliau berkata acara utama pertandingan itu ialah  pengenalan Anugerah Miss Sosial Media Malaysia yang julung kali diadakan.

"Anugerah ini dengan hadiah menarik, wang tunai dan hadiah bernilai RM50,000 akan diberikan  kepada pemenang dengan penglibatan terbaik dalam media sosial semasa tempoh peraduan, dan akan dilantik sebagai duta media sosial kepada 28Mall dan penaja mereka," katanya.

Sejak dimulakan pada 2014, pertandingan itu menjadi antara tiga pertandingan utama di Hong Kong yang telah menerima liputan media luas, dalam talian dan luar talian.

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh memohon di www.misstalentmalaysia.com dan yang menghadiri uji bakat akan diberi kupon membeli belah bernilai RM600.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment