Friday, March 30, 2018

MASIH ADA PELUANG BUAT LEPASAN SPM

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS mengucapkan syabas dan tahniah buat seluruh pelajar lepasan SPM bagi tahun 2017.

Kepada yang kurang cemerlang jangan berputus asa kerana peluang ada dimana – mana sahaja bak kata pepatah di mana ada kemahuan disitu ada jalan.

Oleh yang demikian, KUIS menawarkan peluang pengajian di peringkat Asasi dan Diploma buat lepasan SPM dengan syarat kemasukan yang paling minimum iaitu 3 kredit bagi kemasukan Diploma manakala 5 kredit bagi Pengajian Asasi.

KUIS menawarkan 18 program Diploma dalam pelbagai program antaranya Diploma pengajian Islam Bahasa Arab, Akidah & Pemikiran Islam, Al-Quran & As-Sunnah, Dakwah, Tahfiz Al Quran dan Al- Qiraat, Diploma Pengajian Islam Syariah dan Syariah Undang-Undang, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Perbankan Islam, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi, Komunikasi, Pengajian Bahasa Inggeris, Diploma Teknologi Maklumat Multimedia, Sains Komputer, Diploma Perguruan TESL, dan Diploma Perguruan Pendidikan Islam.

KUIS juga menawarkan program pra- Ijazah yang dikenali dengan nama pengajian Asasi selama setahun pengajian. Terdapat 6 program pilihan mengikut bidang diantaranya adalah Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan, Pengajian Asas Teknologi Maklumat, Asasi Bahasa Arab, Asasi Komunikasi dan Asasi Bahasa Inggeris.

Program Asasi KUIS disediakan bagi membantu pelajar SPM yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak berjaya ke IPTA disebabkan oleh saingan dan kuota yang terhad di peringkat Matrikulasi. Menariknya program Asasi turut ditawarkan biasiswa oleh pihak KUIS bagi yang layak.

Permohonan kemasukan boleh dibuat secara atas talian di www.kuis.edu.my atau datang terus ke Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar Baharu bagi membuat permohonan dan mendapatkan khidmat rundingan kemasukan ke KUIS.

Tarikh kemasukan pelajar baharu bagi tahun 2018 akan dijalankan bermula pada 26 dan 27 Mei 2018.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10979

No comments:

Post a Comment