Friday, January 12, 2018

TARIAN NAGA TONGLIANG MEMBUAT KEMUNCULAN BUAT PERTAMA KALI PADA MALAM TAHUN BARU DI TIMES SQUARE

NEW YORK, 11 Jan., 2018/Xinhua Finance Agency-AsiaNet/ --

Tarian Naga Tongliang dari Perbandaran Chongqing di Barat Daya China, yang mewakili satu daripada warisan kebudayaan tak ketara negara China, membuat kemunculannya buat pertama kali di Times Square semasa sambutan Malam Tahun Baru pada Ahad.

Sebuah Naga Tongliang yang berwarna-warni yang panjangnya 15 meter melompat, berguling dan melayang di bawah kawalan lapan orang penari. Dengan diiringi oleh lagu-lagu rakyat tradisional Chongqing, batang-batang naga itu adalah seperti dayung yang dengan pantas menyapu dengan irama yang semakin kuat.

Dengan purata usia 30 tahun, lapan orang penari dari Tarian Naga Tongliang menghabiskan masa satu setengah bulan dalam membuat persiapan untuk sambutan Tahun Baru itu. "Ia adalah satu penghormatan yang besar untuk mengambil bahagian di dalam satu aktiviti seperti itu. Kami dapat meningkatkan lagi pemahaman dunia tentang budaya tradisional China yang cemerlang melalui usaha kami," kata Zhang Shunsheng, ketua pasukan itu, yang juga merupakan seorang waris bagi Tarian Naga Tongliang itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10756

No comments:

Post a Comment