Monday, January 29, 2018

FEDEX MENYATAKAN KESANGGUPAN UNTUK MEMPERUNTUKKAN LEBIH $3.2 BILION DALAM KENAIKAN GAJI, BONUS, PEMBIAYAAN PENCEN DAN PELABURAN MODAL AMERIKA SYARIKAT YANG DIPERLUASKAN BERIKUTAN KELULUSAN AKTA POTONGAN CUKAI DAN PEKERJAAN

MEMPHIS, Tenn., 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FedEx Corporation hari ini mengumumkan tiga program utama berikutan penggubalan Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan Amerika Syarikat baru-baru ini:
 
1) Lebih $200 juta dalam peningkatan pampasan, kira-kira dua pertiga daripadanya akan disalurkan kepada anggota pasukan mengikut jam dengan mempercepatkan kenaikan gaji tahunan 2018 dengan enam bulan kepada 1 April dari tarikh biasa pada Oktober. Baki seterusnya akan membiayai peningkatan di dalam pelan insentif berasaskan prestasi bagi kakitangan bergaji.

2) Satu sumbangan sukarela sebanyak $1.5 bilion kepada pelan pencen FedEx untuk memastikan ia kekal sebagai satu daripada program persaraan pembiayaan yang terbaik di negara itu.

3) Melabur $1.5 bilion untuk memperluaskan dengan ketara hab FedEx Express Indianapolis sepanjang tujuh tahun akan datang. SuperHab Memphis akan juga dipermoden dan diperbesarkan dalam satu program utama di mana butiran lanjut akan diumumkan kemudian pada musim bunga ini.
 
FedEx percaya bahawa Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan itu akan berkemungkinan meningkatkan KDNK dan pelaburan di Amerika Syarikat.
 
Syarikat itu tidak membuat perubahan pada pendapatan fiskal 2018 atau panduan perbelanjaan modal yang dikeluarkan pada 19 Disember 2017, akibat daripada tindakan-tindakan ini.
 
Gambaran Keseluruhan Korporat
 
FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan kepada pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan satu portfolio yang luas dalam bidang pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan. Dengan pendapatan tahunan sebanyak $62 bilion, syarikat itu menawarkan aplikasi perniagaan bersepadu melalui syarikat-syarikat operasi yang bersaing secara kolektif dan dikendalikan secara bersama, di bawah jenama FedEx yang dihormati. Secara konsisten disenaraikan di kalangan majikan yang paling dikagumi dan dipercayai, FedEx memberi inspirasi kepada lebih 400,000 anggota pasukan untuk kekal "benar-benar positif" dengan memberi tumpuan kepada keselamatan, standard etika dan profesional yang paling tinggi dan keperluan bagi pelanggan dan komuniti mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana FedEx menghubungkan orang ramai dan segala kemungkinan di seluruh pelusuk dunia, sila layari about.fedex.com.
 
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
 
Sumbangan pencen tambahan itu dijangka dibiayai pada suku ketiga bagi tahun fiskal 2018 melalui sumber-sumber pembiayaan hutang yang sedia ada.
 
Kenyataan tertentu di dalam siaran akhbar ini boleh dianggap sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan, seperti kenyataan yang berkaitan dengan pandangan pengurusan berhubung dengan peristiwa di masa hadapan dan prestasi kewangan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu adalah tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada pengalaman sejarah atau daripada keputusan pada masa hadapan yang dinyatakan atau yang implikasikan oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Potensi risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan ekonomi di pasaran global di tempat kami beroperasi, pelanggaran data yang ketara atau gangguan lain terhadap infrastruktur teknologi kami, kesan yang berterusan daripada serangan siber pada 27 Jun yang menjejaskan TNT Express, keupayaan kami untuk mengintegrasikan dengan jayanya perniagaan dan operasi FedEx Express dan TNT Express dalam jangka masa yang dijangkakan atau pada kos yang dijangkakan, perubahan di dalam harga bahan api atau kadar pertukaran mata wang, keupayaan kami untuk memadankan keupayaan bagi mengalihkan tahap volum, peraturan baharu domestik Amerika Syarikat atau kerajaan antarabangsa, keupayaan kami untuk mengendali, mengintegrasi dan memanfaatkan perniagaan yang diperoleh dengan berkesan, keupayaan kami untuk mencapai matlamat peningkatan keuntungan segmen FedEx Express kami, cabaran perundangan atau perubahan yang berkaitan dengan pengendali pemilik yang dilakukan oleh FedEx Ground dan pemandu yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak mereka, gangguan atau pengubahsuaian di dalam perkhidmatan oleh, atau perubahan di dalam perniagaan atau kekukuhan kewangan oleh, Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat, ketersediaan pembiayaan di atas terma yang boleh diterima oleh kami, kesan daripada sebarang kegiatan pengganas atau konflik antarabangsa, dan faktor-faktor lain yang boleh didapati di dalam siaran akhbar FedEx Corp. dan anak-anak syarikatnya dan pemfailan FedEx Corp. dengan SEC. Sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan hanya berkaitan dengan tarikh ia dibuat. Kami tidak berjanji atau mengandaikan sebarang kewajipan untuk mengemaskini atau menyemak mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa di masa hadapan atau sebaliknya.
 
Hubungi
FedEx Corp.
Patrick Fitzgerald, 901-818-7300

Sumber: FedEx Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180126005307/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10805

No comments:

Post a Comment