WEST PALM BEACH, Fla. dan HAUPPAUGE, N.Y., 22 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Forward Industries (NASDAQ:FORD) hari ini mengumumkan pemerolehan Intelligent Product Solutions (IPS),
syarikat peneraju industri reka bentuk dan pembangunan produk yang
berpusat di Long Island, New York dengan bahan pertimbangan yang terdiri
daripada wang tunai, ekuiti dan pendapatan luar jangka.
Pelanggan
IPS termasuklah jenama terkemuka dalam elektronik pengguna, peranti
perubatan, penyedia penyelesaian perusahaan dan keselamatan serta
penyelesaian sambungan Internet Benda, termasuk Google, Physio Control,
PepsiCo, Motorola, ABInBev, Zebra dan Charity Water.
Mengulas
tentang transaksi tersebut, Terry Wise, CEO Forward Industries berkata,
“Saya gembira dan teruja dengan pemerolehan IPS. Syarikat tersebut
secara strategiknya sesuai untuk Forward Industries. Kepakaran dan rekod
pencapaiannya yang kukuh dalam mereka bentuk produk bersambung/IOT dan
membangunkan produk seperti botol pil ‘pintar’ AdhereTech akan
menguatkan dan memberi sumbangan yang ketara kepada Forward Industries.
Sebagai satu Kumpulan, kami kini mampu menawarkan perkhidmatan reka
bentuk, pembangunan, pengilangan dan pengedaran yang lengkap. Masa depan
yang cerah menanti kami.”
Menurut Mitch Maiman, CEO bagi IPS,
“Forward Industries adalah rakan kongsi ideal untuk IPS kerana
kekuatannya dalam produk perubatan. Kami akan terus memberikan
perkhidmatan reka bentuk dan pembangunan produk yang terbaik. IPS juga
akan terus komited terhadap pasukan kami dan akan mengekalkan pejabat
kami di Long Island dan Minneapolis.”
Untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang terma transaksi tersebut, sila lihat Borang 8-K yang
difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa pada 18 Januari 2018.
Perihal Forward Industries
Ditubuhkan
pada tahun 1962 dan beribu pejabat di West Palm Beach, Florida, Forward
Industries ialah pereka bentuk dan pengedar global untuk penyelesaian
pembawaan dan keselamatan tersuai. Syarikat tersebut mempunyai rekod
pencapaian keupayaan sumber Far Eastern selama lebih daripada 30 tahun.
Forward mempunyai subsidiari di Switzerland dan UK. Produk Forward boleh
dilihat dalam talian di www.forwardindustries.com
Perihal IPS
IPS,
diasaskan pada tahun 2008, adalah sebuah syarikat reka bentuk dan
pembangunan produk yang beribu pejabat di New York, dengan pejabat di
Minneapolis. IPS menawarkan perkhidmatan reka bentuk produk dan
kejuruteraan, termasuk Internet Benda dan penyelesaian teknologi boleh
pakai. Keupayaan IPS yang bersepadu penuh termasuk seni reka
perindustrian, kejuruteraan elektrik, mekanik dan sistem, kejuruteraan
optik, kejuruteraan perisian tahap aplikasi dan perisian tegar tahap
rendah, reka bentuk pengalaman pengguna/antara muka (UX/UI), pengurusan
dan pemasaran program. Pelanggannya adalah antara jenama terkemuka dalam
elektronik pengguna, peranti perubatan, penyedia penyelesaian
perusahaan dan keselamatan serta penyelesaian terhubung Internet Benda,
termasuk Google, Physio Control, Motorola dan Charity Water. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut tentang IPS, lawati www.intelligentproduct.solutions atau hubungi info@ips-yes.com atau @IPSdesigners.
Nota Peringatan Tentang Kenyataan Masa Hadapan
Siaran
akhbar ini mengandungi kenyataan masa hadapan termasuk kenyataan
berkenaan sinergi dan peluang daripada pemerolehan syarikat. Perkataan
"percaya," "mungkin," "menganggar," "terus," "menjangka," "berniat,"
"harus," "bercadang," "boleh," "mensasarkan," "berpotensi,"
"berkemungkinan," "akan," "berharap" dan ekspresi yang serupa, yang
berkaitan dengan kami, adalah bertujuan untuk menandakan kenyataan masa
hadapan. Kami membuat kenyataan masa hadapan ini terutamanya berdasarkan
jangkaan dan ramalan semasa kami tentang peristiwa dan trend kewangan
masa hadapan yang kami percaya mungkin mempengaruhi keadaan kewangan
kami, hasil operasi, strategi perniagaan dan keperluan kewangan. Hasil
yang dijangkakan daripada sebarang atau semua kenyataan masa hadapan ini
mungkin tidak akan berlaku. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil
sebenar berbeza daripada hasil dalam kenyataan masa hadapan termasuk
keupayaan kami untuk menyepadukan IPS ke dalam Forward dengan jayanya,
perubahan yang mempengaruhi perniagaan tempat IPS beroperasi dan saingan
daripada pihak ketiga. Maklumat lanjut tentang faktor risiko kami
terkandung dalam pemfailan kami dengan SEC, termasuk Laporan Tahunan
pada Borang 10-K. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau
meminda mana-mana kenyataan masa hadapan secara umum, sama ada kerana
ada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.
Hubungan:
Mike Matte mewakili Terry Wise untuk Pertanyaan Forward Industries
(561) 465-0031
mmatte@forwardindustries.com
Lisa Hendrickson/LCH Communications untuk Pertanyaan IPS
(516) 767-8390
lisa@lchcommunications.com
SUMBER : Forward Industries, Inc.
No comments:
Post a Comment