SEOUL, Korea Selatan, 18 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan matlamat membantu orang ramai hidup lebih sihat dan lebih bahagia, Herbalife Nutrition hari ini melancarkan Gene Start
di Korea Selatan, yang pertama di pasarannya untuk memperkenalkan satu
perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berinovatif yang menganalisis
sifat genetik, tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang melalui
penggunaan satu kit ujian genetik mudah alih. Pelancaran Gene Start
akan memperkasakan Herbalife Nutrition untuk menyediakan penyelesaian
pemakanan peribadi yang lebih komprehensif bagi memenuhi matlamat
pemakanan dan kesejahteraan pengguna pada hari ini.
Sejak
kebelakangan ini, permintaan bagi pemakanan bersifat peribadi – di mana
penyelesaian pemakanan yang disesuaikan diberikan kepada individu
berdasarkan faktor genetik, serta maklumat peribadi yang lain – telah
semakin meningkat. Tinjauan daripada Kajian Pemakanan Seimbang Herbalife
Asia Pasifik juga mendedahkan bahawa lebih satu pertiga daripada
responden di Asia Pasifik ingin mendapatkan akses kepada nasihat pakar
bagi pelan pemakanan yang bersifat peribadi bagi membolehkan penggunaan
tabiat pemakanan yang positif.
"Kami sangat teruja untuk melancarkan Gene Start
di Korea Selatan bagi mengambil pemakanan bersifat peribadi ke tahap
seterusnya. Dengan disokong oleh kemajuan yang berinovatif di dalam
teknologi, Gene Start akan menjadi satu pelengkap kepada
pendekatan pemakanan peribadi kami, sekali gus membuka jalan bagi kami
untuk menyediakan lebih banyak penyelesaian pemakanan yang disesuaikan
bagi setiap pengguna," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan
Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife Nutrition.
Bersama dengan Theragen Etex, sebuah syarikat terkemuka dalam sains genomik, perkhidmatan ujian Gene Start
akan dapat diperolehi di Korea Selatan melalui ahli persendirian
Herbalife Nutrition. Berikutan ujian itu, pengguna akan menerima
analisis terperinci mengenai sifat genetik mereka dan pilihan gaya hidup
yang dihubung kait. Dengan berbekalkan hasil itu, ahli-ahli Herbalife
akan dapat menyediakan program pemakanan bersifat peribadi yang
dipertingkatkan kepada pelanggan mereka dan mengesyorkan produk
Herbalife Nutrition yang disesuaikan khusus untuk keperluan mereka. Kos
bagi ujian itu ialah KRW79, 200 (USD72).
"Pada masa ini,
ahli-ahli kami menawarkan kepada pelanggan dengan sebuah program
pemakanan yang disesuaikan khas dengan menggabungkan pilihan makanan,
senaman dan produk tambahan yang betul. Dengan pelancaran Gene Start itu,
ahli-ahli kami akan dilengkapi dengan lebih baik untuk melancarkan
program pemakanan peribadi yang lebih komprehensif yang disesuaikan
kepada setiap keadaan kesihatan pelanggan pada masa kini, membantu
mereka mempercepatkan perjalanan mereka ke arah mencapai matlamat
kesihatan peribadi mereka," kata Conchie.
Maklumat mengenai Herbalife Nutrition
Herbalife
Nutrition adalah sebuah syarikat nutrisi bertaraf global dengan
matlamat untuk membuat dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Kami sedang
melaksanakan satu misi bagi pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai
dengan produk & program pemakanan yang hebat - sejak tahun 1980.
Bersama ahli-ahli persendirian Herbalife Nutrition kami, kami komited
untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah pemakanan tidak sihat dan
obesiti di seluruh dunia, sebuah populasi yang semakin menua, kos
penjagaan kesihatan awam yang melambung tinggi dan satu peningkatan di
dalam usahawan di semua peringkat umur. Kami menawarkan produk-produk
yang disokong oleh sains dan berkualiti tinggi, sebahagian besarnya
dihasilkan di kilang yang dikendalikan oleh Syarikat, bimbingan satu
dengan satu dengan ahli persendirian Herbalife Nutrition, dan satu
pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan
untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih aktif.
Produk
sasaran pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kesihatan dan
penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif daripada dan
melalui ahli-ahli Herbalife Nutrition yang berdedikasi di lebih 90 buah
negara.
Melalui usaha-usaha tanggungjawab sosial korporat mereka,
Herbalife Nutrition menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan
program Casa Herbalife kami untuk membantu membawa pemakanan yang baik
kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga berbangga untuk menaja
lebih daripada 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di
seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy, dan pelbagai
pasukan Olimpik.
Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,000 orang
pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New
York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak AS$4.5 bilion pada tahun
2016. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com. Maklumat kewangan boleh diperolehi di ir.herbalife.com.
Hubungi
Pertanyaan Media:
Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Perhubungan Korporat, Asia Pasifik
DID: +852 3589 2643
dalieal@herbalife.com
Sumber: Herbalife Nutrition
No comments:
Post a Comment