SHENYANG, China, 11 Jan., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
Kumpulan
Brilliance Auto dari China baru-baru ini memeterai satu perjanjian
dengan Kumpulan Renault untuk menubuhkan Renault Brilliance Jinbei
Automotive Co., Ltd., satu usaha sama untuk menghasilkan kenderaan
komersial ringan (LCV) di bawah tiga jenama iaitu Jinbei, Renault dan
Huasong, dengan satu matlamat untuk menjual 150,000 kenderaan seumpama
itu setahun menjelang tahun 2022.
Ia mengambil Kumpulan
Brilliance Auto hanya satu tahun untuk bergabung tenaga dengan jayanya
bersama Kumpulan Renault dan mewujudkan satu mod kerjasama baharu: untuk
buat pertama kalinya dalam era baharu industri automobil China, usaha
sama yang sama akan mereka bentuk dan menghasilkan kenderaan bagi
kedua-dua jenama asing dan jenama domestik, yang akan menjadi sebuah
platform bertaraf dunia untuk membangunkan kenderaan komersial.
Pengerusi
Kumpulan Brilliance Auto, Qi Yumin berkata pada masa lalu, usaha sama
seperti itu biasanya digunakan untuk mengendalikan sebuah jenama asing
dan pihak China hanya boleh menggunakannya keuntungan itu untuk
menyokong pembangunan jenama mereka sendiri. Sekarang, melalui usaha
sama itu, ketiga-tiga jenama itu, iaitu Jinbei dan Huasong dari China,
serta Renault dari Perancis, boleh berkembang seiringan, yang sesuai
dengan pembangunan pesat bagi jenama China itu sendiri.
Perlu
dinyatakan di sini bahawa kerjasama di antara Brilliance dan Renault
akan menyatukan teknologi termaju dan pengalaman dari kedua-dua belah
pihak di dalam bidang masing-masing dan kedua-dua buah syarikat akan
menyumbangkan produk dan teknologi kepada perniagaan usaha sama itu.
Brilliance boleh memanfaatkan sepenuhnya platform, teknologi dan konsep
pengurusan termaju yang diperkenalkan oleh Renault, dan merealisasikan
transformasi dan peningkatan mereka sendiri. Ini akan menambahkan satu
reputasi luar biasa kepada kehadiran Brilliance di pasaran luar negara
yang telah dipergunakannya selama bertahun-tahun.
Difahamkan
bahawa Brilliance adalah di antara kumpulan pertama pembuat kereta China
yang menggunakan satu pelan untuk bergerak ke dalam pasaran luar
negara. Sehingga sekarang, rangkaian pengedaran luar negara Brilliance
telah meliputi lebih daripada 100 buah negara dan wilayah di Afrika,
Amerika Tengah dan Selatan dan Asia Pasifik, dan jumlah keseluruhan
pengedar mereka mencapai hampir 400. Dengan pelaksanaan Inisiatif Belt
and Road yang baik, Brilliance berhasrat untuk merangka satu strategi
yang lebih mapan untuk membuka pasaran luar negara bagi jenama mereka
sendiri di masa akan datang.
Sumber: Kumpulan Brilliance Auto
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=304523
No comments:
Post a Comment