Saturday, January 27, 2018

KER1M PELAWA SYARIKAT KORPORAT KERJASAMA TERBIT BUKU MYTN50

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KERIM) mempelawa syarikat-syarikat korporat termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bekerjasama dalam menerbitkan buku MYTN50.
Persatuan itu dalam kenyataan hari ini berkata penerbitan buku tersebut bagi menyokong hasrat kerajaan dalam memperkasakan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar MYTN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020. MYTN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang.
“Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan MYTN50, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan mandat kepada KER1M untuk  mendapatkan          perhatian dan penglibatan sektor korporat sepenuhnya dalam memberikan input-input baru menerajui masa depan negara,” menurut kenyataan itu. 
Kenyataan itu juga memaklumkan setiap  penyertaan dan tajaan yang dibuat layak mendapat        pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Maklumat lanjut untuk menyertai program anjuran KER1M tersebut boleh didapati dengan menghubungi Isma Zaimei Ishak, Nur Shaqhiroh Hussin atau Mastura Umar Baki di talian 03-8861 7557.
TN50 merupakan inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.
Inisiatif itu akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan        dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019. 


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment