6,800 Perhiasan Penuh dan Mengagumkan dan Setanggi Dipamerkan
TOKYO, 12 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo
(KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun
yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu pameran khas
bertajuk “Hina-matsuri (Festival Anak Patung Perempuan Tradisional Jepun),”
di mana 6,800 anak patung buatan tangan penuh hiasan dan menakjubkan
dan perhiasan tradisional yang lain akan dipaparkan di lobi dari 1
Februari hingga 29 Mac, 2018. Pameran tahun ini juga akan mempunyai satu
sudut istimewa yang menyerlahkan sejarah dan tradisi budaya setanggi
Jepun.
Setanggi tiba semasa Zaman Asuka Jepun (Dari 592 hingga
710) yang pada asalnya sebagai sebahagian daripada agama Buddha dari
luar negara. Lama kelamaan, setanggi menjadi satu bahagian intrinsik
bagi amalan hias diri harian bagi rakyat Jepun, dan kemudiannya menjadi
satu bahagian penting bagi budaya artistik rakyat Jepun yang membantu
untuk mencerminkan suasana lagu dan musim mereka. Golongan bangsawan
Jepun mula mencampurkan pelbagai bahan setanggi untuk digunakan sebagai
minyak wangi bagi pakaian, dan pahlawan samurai Jepun biasanya
menggunakan kayu wangi dalam kehidupan seharian mereka, dan ia
berkembang menjadi satu bentuk seni kebudayaan yang bebas. Untuk
menggambarkan pelbagai bau setanggi yang digunakan semasa pelbagai
tempoh masa ini, “Yamadamatsu Incense-wood Co., Ltd.”
yang sudah lama wujud di Kyoto dan Bandar Raya Kyoto akan mengambil
bahagian di dalam pameran ini untuk menyediakan barangan kraftangan
tradisional yang jarang ditemui dan kayu wangi untuk memperkenalkan
sejarah budaya setanggi di Jepun. Kami juga akan menganjurkan bengkel
khas bagi para tetamu kami untuk mengetahui tentang uncang wangian dalam
budaya Jepun yang biasanya dibawa oleh kaum wanita Jepun dari pukul 11
pagi hingga pukul 4 petang pada Khamis, 15 Februari 2018 dengan bayaran
JPY1,000 untuk setiap peserta.
Selain itu, perhiasan seni hiasan
gantung yang dijahit tangan secara khas dengan menggunakan kain sutera
yang ditenun halus dari kimono lama oleh artis kuilt Mitsuyo Matsuo dan
kira-kira 90 orang anggota Kumpulan beliau. Kerja tangan yang dibuat
dengan teliti untuk pameran ini secara simbolik mencerminkan harapan
untuk kesihatan dan kebahagiaan anak-anak. Di samping itu, anak patung
kayu tradisional Mataro dari Kuil Kamikamo di Kyoto akan juga dipaparkan
bersebelahan dengan perhiasan seni hiasan gantung setinggi 3.3 meter
yang mengagumkan di kawasan lobi utama untuk mengalu-alukan tetamu ke
hotel kami. Para tetamu kami dari seluruh pelusuk dunia amat kagum
dengan kehebatan pameran utama ini, yang menawarkan peluang yang paling
baik kepada tetamu untuk merakamkan gambar sebagai kenangan dari pameran
ini.
Versi Lengkap Siaran Media
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp
Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
No comments:
Post a Comment