Wednesday, January 24, 2018

Adik- Beradik Kardashian Dalam Kempen Terkini CK

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Calvin Klein Inc., anak syarikat milik penuh PVH Corp melancarkan kempen pengiklanan multimedia global pakaian dalam terkininya, 'Calvin Klein Underwear' dan Calvin Klein Jeans.

Kempen terbaru itu yang dirakamkan jurugambar Willy Vanderperre, menampilkan adik-beradik Kardashian; Kim Kardashian West, Khloe Kardashian, Kourtney Kardashian, Kendall Jenner dan Kylie Jenner.

Mereka dipaparkan menggayakan 'Calvin Klein Underwear' termasuk pakaian dalam benang kapas moden di samping beberapa daripada mereka memakai Calvin Klein Jeans serta koleksi untuk Musim Bunga/Musim Panas 2018.

Pelancaran berkenaan menandakan perkembangan terkini siri kempen Calvin Klein, Our Family #MYCALVINS, yang dilancarkan pada November lepas.

Dengan sejarah menjangkau lebih 135 tahun, PVH unggul dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang kaya, untuk menjadi satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia.

--BERNAMA 

No comments:

Post a Comment