BEIJING, China, 12 Jan., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
Indeks
harga minyak camellia Xinhua-Changshan, yang disusun bersama oleh
Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) di bawah Agensi Berita Xinhua
dan kerajaan daerah Changshan di Wilayah Zhejiang, telah dilancarkan
pada 6 Januari.
Indeks harga minyak camellia Xinhua-Changshan
mencerminkan perubahan bagi faktor-faktor yang mempengaruhi keseluruhan
rantaian industri minyak camellia, yang akan membantu untuk meningkatkan
pengaruh dan kuasa penentuan harga bagi industri minyak camellia China
di dunia dan juga meningkatkan pendapatan bagi petani-petani minyak
camellia, kata Su Huizhi, naib presiden CEIS.
Indeks itu
didasarkan pada harga pengeluar bagi syarikat-syarikat minyak camellia
di Changshan dan mencerminkan sepenuhnya trend harga bagi bahan mentah
(huluan), produk minyak (pertengahan) dan produk sekunder (hiliran).
Indeks itu bermula dari 1,000 dengan harga pada November 2015 sebagai
data asas.
Sejak tempoh asas itu, indeks itu telah menyaksikan
satu pertumbuhan tahun ke tahun. Indeks harga agregat meningkat 79.25
peratus pada Disember, 2017 berbanding dengan tempoh asas itu. Sementara
itu, indeks harga bagi bahan mentah, minyak dan produk sampingan
masing-masing meningkat 63.37 peratus, 72.68 peratus dan 183.72 peratus.
Liu
Zhiwei, Naib Setiausaha Agung Eksekutif bagi Bahagian Minyak Woody di
Persatuan Industri Perhutanan China, berkata bahawa indeks harga minyak
camelia Xinhua-Changshan memainkan satu peranan penting di dalam
memperuntukkan sumber pasaran, meningkatkan kecekapan dalam operasi
pasaran, dan meningkatkan pembangunan kualiti tinggi bagi minyak biji
oleifera camellia.
CEIS adalah sebuah syarikat milik sepenuhnya
Agensi Berita Xinhua, dan mempunyai lima platform peringkat kebangsaan
termasuk Xinhua Finance, Xinhua Silkroad, Xinhua Credit, Shanghai
Petroleum dan Natural Gas Exchange (SHPGX) dan Xinhua Think Tank. Sejak
penstrukturan semulanya pada April 2016, CEIS telah melancarkan beberapa
siri produk dengan impak yang meluas.
Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=304699
No comments:
Post a Comment