Wednesday, January 10, 2018

MEMPERKASAKAN PERSAINGAN MELALUI KAJIAN SEMULA PASARAN

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menyiarkan dua laporan kajian semula pasaran di bawah Akta Persaingan 2010 (AP 2010) mengenai sektor farmaseutikal dan bahan binaan dalam industri pembinaan di laman sesawang MyCC. Dua laporan itu telah dimuktamadkan setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas yang diterima daripada pihak berkepentingan dan orang awam.

Kedua-dua sektor itu telah dipilih berdasarkan analisis awal tentang keadaan pasaran di Malaysia dan negara-negara lain yang terdedah dengan kebarangkalian yang tinggi berlakunya amalan antipersaingan seperti kartel dan penyalahgunaan kuasa dominan yang memberi kesan kepada pengeluaran dan penyediaan barang-barang atau perkhidmatan yang penting seterusnya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup serta menjejaskan faedah sosial para pengguna.

Kajian semula pasaran sektor farmaseutikal yang telah dijalankan oleh MyCC memberi tumpuan kepada ubat-ubatan terkawal dalam dua peringkat rantaian bekalan iaitu pengilang ubat-ubatan generik serta pengimport ubat-ubatan baru dan generik di peringkat pertama dan pemborong serta pengedar ubat-ubatan baru dan generik di peringkat kedua.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10751

No comments:

Post a Comment