Thursday, January 25, 2018

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA MEMBERIKAN PRAKELAYAKAN KEPADA VAKSIN ROTAVIRUS BHARAT BIOTECH, ROTAVAC®

NEW DELHI, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bharat Biotech hari ini mengumumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO Geneva) telah memberikan prakelayakan kepada membangunkan vaksin rotavirus yang pertama di dunia, ROTAVAC®.

Prakelayakan WHO diperlukan untuk agensi-agensi PBB dan Gavi, Perikatan Vaksin untuk membeli vaksin itu dalam kerjasama dengan negara-negara membangun dan akan membantu mempercepatkan ketersediaan ROTAVAC® itu ke negara-negara membangun dengan beban penyakit yang paling tinggi. India telah memperkenalkan ROTAVAC® ke dalam program imunisasi negara mereka pada tahun 2016, dengan ~35 juta dos dihantar sehingga kini.

Rotavirus adalah penyebab utama bagi masalah cirit-birit yang teruk di kalangan kanak-kanak yang berumur kurang daripada lima tahun di seluruh dunia, yang mengakibatkan ~215,000 kematian dan 2 juta dimasukkan ke hospital. Pemvaksinan adalah satu bahagian yang penting dalam usaha kesihatan awam dunia untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari UNDP.

"Kami sangat teruja dan gembira untuk menjadi vaksin rotavirus yang pertama dari dunia membangun dan India untuk menjadi Prakelayakan WHO. Kami berasa bangga untuk mendedikasikan inovasi ini di India dan vaksin Buatan India kepada dunia. Kesan sebenar vaksin itu sudah dapat dilihat, apabila pemvaksinan dilakukan di populasi yang terjejas. Kerajaan India telah memberikan rangsangan besar dengan menjadikan ROTAVAC® tersedia untuk berjuta-juta orang di India," kata Dr. Krishna Ella, Pengerusi dan Pengarah Urusan Bharat Biotech.

"Rekod prestasi Bharat Biotech berhubung vaksin yang menyelamatkan nyawa adalah satu bukti kepada komitmen yang berpanjangan oleh syarikat itu untuk menghasilkan vaksin yang mampu dimiliki untuk negara-negara membangun. ROTAVAC® telah dibekalkan kepada negara-negara yang berpendapatan rendah pada harga $1.0 / satu dos, dengan kemungkinan untuk pengurangan harga sebanyak ~30%, berdasarkan kepada pemerolehan bagi ~100 juta dos kepada negara-negara ini," kata Dr. Krishna Ella.

ROTAVAC® telah dibangunkan hasil daripada satu model kerjasama pelbagai negara – pelbagai rakan bagi pasukan sains selama lebih dua dekad. Perkongsian inovasi sosial awam swasta yang besar ini termasuk Jabatan Bioteknologi Kerajaan India (DBT), Majlis Penyelidikan Perubatan India, Institut Sains India (IISC), Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIMS), Institut Sains dan Teknologi Kesihatan Translasi (THSTI), Persatuan bagi Kajian Gunaan (SAS), Kolej Perubatan Kristian (CMC) Vellore, Hospital Memorial Raja Edwards Memorial (KEM) Pune, Sekolah Perubatan Universiti Stanford, Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH), Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), Universiti Johns Hopkins dan PATH. Perkongsian ROTAVAC® itu telah menghasilkan dalam lebih daripada 15 penerbitan antarabangsa, termasuk penerbitan penting fasa III di Lancet pada tahun 2014.

"Perkongsian pasukan sains yang membangunkan vaksin ini berfungsi sebagai sebuah model yang berguna bagi pihak lain untuk mengikutinya," kata Dr. Roger I. Glass, Pengarah bagi Pusat Antarabangsa Fogarty di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, yang membantu mengemudikan proses tersebut. "Hasilnya adalah sebuah vaksin yang berkesan, namun menjimatkan, yang mempunyai potensi untuk menyelamatkan beribu-ribu nyawa kanak-kanak di Afrika dan di tempat lain." Menurut beliau, Rotavirus bertanggungjawab untuk anggaran 36% daripada kemasukan ke hospital bagi cirit-birit kanak-kanak di seluruh dunia dan untuk anggaran 200,000 kematian di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Prakelayakan WHO untuk ROTAVAC® adalah hasil daripada satu proses pengawalseliaan yang ketat. ROTAVAC® telah dibangunkan sejak tahun 2000 yang memerlukan pelaburan di sekitar USD 200 juta ke arah pembangunan produk dan infrastruktur perkilangan yang khusus. Kemudahan di Lembah Genome mempunyai sebuah kapasiti pengeluaran yang dipasang sehingga 200 juta dos / setahun, dan merupakan sebuah model berskala yang siap untuk memenuhi permintaan dunia.

"Kepimpinan India di dalam membangun dan memperkenalkan vaksin rotavirusnya sendiri adalah dipuji dan menekankan satu komitmen kebangsaan untuk meningkatkan kesihatan bagi anak-anak mereka," kata Duncan Steele, timbalan pengarah bagi pasukan Penyakit Cirit-Birit Enterik di Yayasan Bill & Melinda Gates. "Kemunculan sebuah vaksin yang dihasilkan di dalam negara, rotavirus Prakelayakan WHO menawarkan janji untuk melindungi kanak-kanak di India, Afrika, Amerika dan seluruh Asia daripada penyakit yang melesukan badan ini."

Bharat Biotech telah berjaya membuatkannya dalam saiz kecil jumlah dos bagi ROTAVAC®, kepada 0.5 ml / dos dan disediakan di dalam format yang sedia untuk digunakan, yang tidak memerlukan pembancuhan semula, sama seperti vaksin polio yang diberikan secara oral. Profil produk bagi ROTAVAC® telah direka bentuk secara optimum untuk dunia membangun oleh negara membangun bagi membantu memudahkan pentadbiran, mengurangkan keperluan latihan, dan dengan jejak rantaian bekalan yang paling rendah untuk vaksin rotavirus secara oral di dunia. Jejak rantaian bekalan itu telah dikurangkan kepada ~3 sm3  / dos, yang menghasilkan di dalam penjimatan yang ketara dalam penyimpanan dan kos pengedaran rantaian bekalan. Jumlah dos ml 0.5 ml juga mengurangkan jumlah ludahan oleh bayi apabila vaksin itu diberikan.


Hubungi
Bharat Biotech
Sheela Panicker, +91 984 980 9594
enRight@enrightpr.com

Sumber: Bharat Biotech

No comments:

Post a Comment