Wednesday, June 14, 2017

TOMMY HILFIGER MENGUMUMKAN CHAINSMOKERS SEBAGAI DUTA JENAMA GLOBAL BAGI PAKAIAN LELAKI TOMMY HILFIGER


Bermula pada Musim Luruh 2017, pasangan pemuzik/penerbit Amerika yang terkenal di peringkat antarabangsa, The Chainsmokers, akan muncul sebagai duta jenama global bagi pakaian lelaki 'Tommy Hilfiger’.

AMSTERDAM,  13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan Alex Pall dan Andrew (Drew) Taggart -- dikenali di peringkat dunia sebagai pasangan muzik pop yang termasyhur, The Chainsmokers -- akan muncul sebagai duta jenama global untuk pakaian lelaki Tommy Hilfiger, termasuk Hilfiger Edition, Tommy HilfigerTailored dan pakaian sukan Tommy Hilfiger, bermula pada Musim Luruh 2017.  Pasangan itu yang telah memenangi anugerah Grammy membawa satu sentuhan moden dan berunsur remaja kepada legasi jenama pakaian lelaki global yang berusia lebih 30 tahun itu.

"The Chainsmokers berada di tengah-tengah budaya pop moden dan muzik mereka bergema dengan penonton global," kata Tommy Hilfiger. "Saya mengagumi cara mereka mengukir satu nic baharu yang menggabungkan indie, pop, tarian, dan hip-hop. Alex dan Drew sesungguhnya merupakan definisi yang sempurna bagi Tommy Guy pada hari ini -- berbakat, penuh yakin, bunyi-bunyian yang unik dan tenang menjadikan mereka begitu menonjol di dalam dunia muzik. Kami amat teruja untuk bekerja dengan mereka di dalam ruang fesyen ini."

"Pendekatan perintis Tommy kepada menggabungkan fesyen dan muzik adalah sebahagian daripada warisan pakaian lelaki kami," kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah. "Perkongsian kami dengan The Chainsmokers mencerminkan komitmen strategik syarikat itu untuk membawa generasi pengguna Tommy Hilfiger yang akan datang ke dalam perniagaan lelaki kami dengan koleksi fesyen yang menarik, pengalaman beli-belah terpilih, dan kemudahan perdagangan digital. Kategori pakaian lelaki kami kekal sebagai satu bidang tumpuan yang utama ketika kami melihat untuk membuka potensi sepenuhnya bagi jenama Tommy Hilfiger di setiap wilayah di seluruh pelusuk dunia."

Ditubuhkan pada tahun 2012, The Chainsmokers telah menjual lebih 10 juta singles dan pada masa ini merupakan artis nombor tiga yang paling ditonton secara dalam talian di dunia. Pada tahun 2017, pasangan itu telah memenangi Grammy untuk Rakaman Tarian Terbaik dengan "Don’t Let Me Down," yang menampilkan Daya, dan single mereka "Closer," yang menampilkan Halsey, telah diiktiraf sebagai Kolaborasi Utama yang Terbaik untuk Tahun itu pada Anugerah Muzik Billboard. Ia juga merupakan video lirik yang pertama di dalam sejarah yang melepasi satu bilion tontonan di YouTube. 

No comments:

Post a Comment