Thursday, June 8, 2017

DR ZAID MEWAKILI MALAYSIA DALAM PENCARIAN SUARA BARU SAINS DI ARENA ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- 31 penyampai sains dari pelbagai negara akan berkumpul di Cheltenham, United Kingdom untuk bertanding di Pertandingan Akhir FameLab Antarabangsa 2017. Pertandingan ini dianjurkan dikalangan  ahli sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan tujuan mencari bakat baru yang dapat menarik minat masyarakat untuk melihat dunia dari perspektif berbeza. Setiap peserta akhir pertandingan berprestij ini merupakan juara kebangsaan FameLab negara masing-masing dan Dr Zaid Omar merupakan johan nasional yang akan mewakili Malaysia.

Dr Zaid telah mempamerkan kegigihan dalam mengharungi cabaran pertandingan ini. Beliau telah mengambil bahagian pada setiap tahun sejak ia mula dianjurkan di Malaysia pada 2015. Pada tahun ini, Dr Zaid telah dinobatkan Penyampai Sains Kebangsaan Terbaik, justeru mewakili Malaysia di Pertandingan Akhir FameLab Antarabangsa  dengan persembahannya – The Rise of Superbrain Computing.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10105

No comments:

Post a Comment