ZHANJIANG, China, 20 Jun, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
Eksposisi
Produk Akuatik Antarabangsa China 2017 (CIAPE 2017) & Pameran
Perolehan Makanan Laut China dibuka pada 18 Jun di Pusat Konvensyen dan
Pameran Antarabangsa Zhanjiang. Dengan misi untuk "menghubungkan
industri akuakultur China dengan dunia dan membolehkan seluruh dunia
mendapat manfaat dari ledakannya," CIAPE 2017 memberi penekanan khusus
terhadap kualiti dan keselamatan produk akuatik China dan merebut
peluang strategik yang dihasilkan oleh promosi Inisiatif Belt dan Road
untuk membina sebuah platform pertukaran sehenti bagi seluruh industri
bagi produk akuatik dan pedagang makanan laut serta pengeluar peralatan
penangkapan ikan di dalam dan di luar negara.
Difahamkan bahawa
eksposisi itu menarik penyertaan lebih 200 pempamer, lebih 3,000
pembeli, serta banyak orang berpengaruh di dalam sektor katering dari
negara-negara dan wilayah asing termasuk Amerika Syarikat, India, Iran
dan beberapa negara EU dan lebih dari 30 wilayah China (bandar raya dan
daerah). Ia menerima lebih 20,000 orang pengunjung pada hari pembukaan.
Dipamerkan
bukan sahaja semua jenis produk akuatik dan teknik akuakultur,
peralatan, makanan dan ubat-ubatan, tetapi juga pelbagai peralatan
makanan, teknologi dan peralatan pemprosesan dan pemeliharaan, dan
teknologi dan peralatan untuk perlindungan dan pensterilan alam sekitar.
Di
samping itu, semasa eksposisi itu, Zhanjiang secara rasminya ditetapkan
sebagai pangkalan penyelidikan dan penilaian WTO/SPS kebangsaan bagi
produk akuatik. Ini akan membawa kerajaan, persatuan-persatuan
akuakultur dan perusahaan bersama-sama untuk menghadapi langkah-langkah
perdagangan teknologi negara-negara asing, untuk menghapuskan halangan
perdagangan yang tidak adil, untuk menggunakan langkah-langkah
perdagangan teknologi bagi mendesak peningkatan sistem dan transformasi
dan menaik taraf industri, dan untuk melindungi kepentingan Industri
akuakultur China dengan peraturan antarabangsa.
Menurut
penganjur, CIAPE 2017 akan berlangsung sehingga 20 Jun dan dianggarkan
dapat menghasilkan urus niaga bernilai RMB 21 bilion secara keseluruhan.
Sumber: Eksposisi Produk Akuatik Antarabangsa China 2017
No comments:
Post a Comment