Monday, June 5, 2017

TIKUS DI ANGKASA LEPAS: TIKUS TACONIC DILANCARKAN KE PANGKALAN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA

HUDSON, N.Y., 5 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Apabila kapal angkasa lepas SpaceX Dragon dilancarkan pada hari ini menuju ke Pangkalan Angkasa Lepas Antarabangsa, ia akan membawa bersama 40 tikus istimewa yang dibiak khusus untuk misi ini oleh Taconic Biosciences, iaitu peneraju global dalam model tikus tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan.

Projek ini merupakan kerjasama antara Universiti California, Los Angeles (UCLA), Pusat Kemajuan Sains di Angkasa (CASIS), BioServe dan NASA. Untuk misi yang dinamakan “Rodent Research-5” ini, tikus Taconic akan menyokong penyelidikan diketuai oleh Dr. Chia Soo, profesor pembedahan di Pusat Pengajian Pergigian, Kejuruteraan dan Perubatan di UCLA. Kajian ini mengkaji tentang molekul NELL-1, iaitu protein yang dihasilkan oleh badan manusia yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan tulang yang normal.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10096




No comments:

Post a Comment