Wednesday, June 21, 2017

60,000 Penduduk Manfaat Pembukaan Persimpangan Bandar Tasik Puteri

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Persimpangan Bandar Tasik Puteri di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) yang dibuka hari ini akan memberi manfaat kepada hampir 60,000 penduduk sekitar, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Beliau berkata pembinaan laluan masuk sepanjang 500 meter dengan kos RM71.4 juta itu bakal menjadi laluan alternatif kepada penduduk kawasan berkenaan.

"Projek ini merupakan berita gembira kepada penduduk sekitar, malah ia siap enam bulan awal daripada tarikh jangkaan.

"Tiada caj tol tambahan dikenakan kepada pengguna laluan ini," katanya dalam teks ucapan yag dibacakan pada majlis perasmian persimpangan bertingkat itu dekat sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob.

Ali berkata persimpangan itu juga dijangka mengurangkan kesesakan trafik di Bandar Baru Kundang dan Jalan Rawang-Batu Arang.

Menurutnya, projek itu merupakan antara yang mendapat kelulusan di bawah inisiatif kerajaan persekutuan menerusi Unit Kerjasama Awam Swasta bagi melaksanakan projek infrastruktur yang memberi manfaat serta kemudahan kepada rakyat.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment