Tuesday, June 6, 2017

EKSPO CHINA-CEEC BAKAL BERLANGSUNG DI NINGBO


NINGBO, China, 5 Jun (Bernama) -- 
 
Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC (Ekspo China-CEEC) ke-3 akan diadakan di Ningbo, Wilayah Zhejiang dari 8 hingga 12 Jun, bersama-sama dengan Simposium Pelaburan & Perdagangan China Zhejiang ke-19 dan Pameran Barangan Pengguna Antarabangsa China ke-16.

Ekspo menyeluruh yang pertama itu bertemakan pelaburan dan perdagangan antara China dan negara-negara Eropah Tengah dan Timur (CEE), Ekspo China-CEEC itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan kerajaan wilayah Zhejiang.

Bertujuan ke arah menggalakkan kerjasama dan manfaat bersama kepada China dan 16 negara CEE, ekspo itu akan menawarkan 15 aktiviti termasuk persidangan, forum, pameran dan pertukaran budaya dengan lebih daripada 3,000 barangan dipamerkan, 80 peratus lebih banyak berbanding pada ekspo yang lepas, menurut Zhang Wenhu daripada jawatankuasa penganjur.

Setakat ini, lebih 240 buah perusahaan asing dari Estonia, Latvia, Poland, Republik Czech dan negara-negara lain telah memohon hampir 300 tapak.
Ekspo itu mempunyai kepentingan besar di atas peranannya yang utama dalam meningkatkan perdagangan dua hala di antara China dan negara-negara CEE, yang merupakan komponen penting di dalam Belt and Road.

Terdapat beberapa sebab mengapa Ekspo China-CEEC telah bertapak di Ningbo.

Ningbo, sebuah bandar raya tepi pantai di Timur China, dianggap sebagai pilihan pertama bagi negara-negara CEE untuk mengangkut barang-barang ke China disebabkan oleh sumber pelabuhannya yang terunggul dan ekonomi terbuka.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan di antara Ningbo dan negara-negara CEE menjadi satu asas yang kukuh bagi ekspo itu. Pada tahun 2016, eksport Ningbo ke negara-negara berkenaan dan import daripada mereka mencapai $2.37 bilion dan sehingga akhir tahun ini terdapat sebanyak 120 projek pelaburan dua hala, hampir berada di bahagian atas senarai berkenaan untuk China.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10099

No comments:

Post a Comment