Monday, June 19, 2017

Lebih 250 Keluarga Di Melaka Manfaat Program Kembara Ramadan UMW


KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Seramai 29 anggota sukarelawan UMW Community Champions dengan konvoi 10 buah kenderaan memberi sumbangan pek Ramadan dan barangan rumah di Kuala Linggi, Melaka minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, Kumpulan UMW berkata sumbangan itu bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik termasuk di Masjid Tanah.

Para sukarelawan turut menyampaikan baju raya dan barangan rumah kepada Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Seri Malindo, Masjid Tanah.

"Para sukarelawan turut menyediakan bubur lambuk dan menyerahkan 187 pek kepada golongan kurang bernasib baik di Surau Nur Iman, Kampung Nelayan," katanya.

Ini kali kedua UMW Community Champions mengadakan Kembara Ramadan di luar Lembah Klang.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment