Tuesday, June 6, 2017

TBG LENGKAPKAN PEMEROLEHAN DTN, PENERAJU PERKHIDMATAN MAKLUMAT DIGITAL DAN PENYELESAIAN SOKONGAN KEPUTUSAN YANG TERKEMUKA

TBG akan Pulihkan Penjenamaan DTN Sepenuhnya Dengan Tumpuan pada Pertumbuhan Domestik dan Antarabangsa 

MINNEAPOLIS dan OMAHA, Neb., 5 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dengan pelengkapan pemerolehan DTN oleh TBG daripada Schneider Electric SE dengan jumlah pertimbangan sebanyak $900 juta, TBG merancang untuk memulihkan sepenuhnya jenama DTN unggul yang telah diketahui dan dipercayai ramai sejak tahun 1984, dan memberi tumpuan untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

DTN merupakan sumber cerapan dan analisis serta penyelesaian sokongan keputusan yang bebas dan amat dihormati oleh lebih daripada 80000 pelanggan di seluruh dunia dalam industri pertanian, minyak dan gas, perdagangan dan bidang sensitif cuaca. Melalui set produk DTN, pelanggan menerima maklumat cuaca, berita dan analisis pasaran yang boleh diambil tindakan menerusi platform SaaS.

“Pemerolehan DTN adalah amat penting bagi TBG kerana kami mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perniagaan SaaS (perisian sebagai perkhidmatan) dengan pengalaman berdekad lamanya dalam menyokong penyelesaian tersebut,” kata Pengerusi Eksekutif DTN, Jerre Stead. “Kami komited sepenuhnya terhadap perniagaan DTN untuk jangka panjang dan rancangan kami adalah untuk memudahkan perkembangan strategi dan komersial DNT di seluruh dunia.”

Presiden DTN, Ron Sznaider berkata, “TBG memberikan pemilikan yang kukuh dan stabil yang menawarkan pelaburan dan komitmen jangka panjang kepada perniagaan DTN yang tidak dapat ditandingi. Dengan sokongan ini, kami ingin menyampaikan penyelesaian bertaraf dunia kepada pasaran bagi menggalakkan pertumbuhan domestik kami dan rancangan pengembangan antarabangsa dan untuk meningkatkan lagi taraf jenama DTN.

Sebagai sumber bebas dalam kandungan proprietari dan alat sokongan keputusan yang khusus tugas, DTN memberikan cerapan yang boleh diambil tindakan supaya pelanggan boleh membuat keputusan yang lebih pintar serta mengurus risiko dan beroperasi dengan lebih berkesan. Perniagaan Perkhidmatan Cuaca memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam bidang tenaga, penerbangan, sukan dan rekreasi, dan pengangkutan bagi menjangkakan risiko cuaca melalui alat sokongan ketepatan dan keputusan ramalan cuaca yang terbaik. Perniagaan Pertanian memberikan maklumat dan penyelesaian yang penting agar petani dan perusahaan pertanian boleh membuat keputusan yang lebih baik demi keberkesanan pengeluaran dan proses jual beli bijirin, bijian minyak dan ternakan.

Perniagaan Perdagangan menawarkan alat yang boleh dikonfigurasi untuk membantu pelanggan menganalisis dan membuat keputusan perdagangan yang termaklum dalam pasaran komoditi masa depan dan fizikal. Perniagaan Bahan Api Bertapis DTN menyambungkan rantaian bekalan minyak dan gas aliran bawah sebagai hab digital untuk semua peserta rantaian bekalan bagi membolehkan keberkesanan operasi dan meningkatkan kebolehuntungan. 

No comments:

Post a Comment