Wednesday, June 28, 2017

AYDA RAI KEGEMILANGAN 10 TAHUN SEMAI BAKAT REKAAN DI ASIA

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Pembekal larutan salutan utama negara, Kumpulan Nippon Paint Malaysia (Nippon Paint) meraikan edisi ke-10 pertandingan rekaan tahunannya, Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) yang berjaya menarik minat lebih 10,000 pelajar pereka muda dari 15 negara Asia.
Negara tersebut ialah Malaysia, Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Pakistan, Indonesia, Papua New Guinea, Vietnam, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan, India dan Sri Lanka.
“Sejak 10 tahun lalu, sentiasa menjadi kebanggaan dan keseronokan kami di Nippon Paint untuk menyaksikan pereka muda dan berbakat meningkat menerusi cabaran ini dalam mencipta sesuatu rekaan yang bermakna dan inovatif yang kedua-duanya bersifat insani dan sebati dengan alam semulajadi.
“Menerusi AYDA, kami percaya kami mampu melahirkan generasi baharu setiap tahun kerana mereka merupakan asas dalam mengukuhkan golongan pereka yang didorong oleh kreativiti dan inovasi,” kata Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia Gladys Goh.
Sejak 2008 AYDA telah berkembang daripada sebuah pertandingan buat pereka muda menunjukkan idea rekaan mereka kepada satu tawaran bagi melibatkan diri dengan penceramah industri, mendapat pendedahan untuk pembelajaran peribadi, bimbingan dan bengkel pembinaan kemahiran daripada tokoh berpengalaman dalam industri rekaan serta belajar daripada rakan sebaya melepasi sempadan.
Tema bagi AYDA 2017 ialah Anda Untuk Esok : Kehidupan Masa Depan Seperti Dibayangkan Hari ini disesuaikan untuk mencabar pandangan jauh dan keupayaan teknikal pereka muda hari ini bagi memenuhi keperluan hari esok dan dengan pandangan tersebut, merancang rekaan untuk masyarakat masa depan.
Bagi memberikan pelajar ini peluang mengasah bakat dan pengetahuan mereka menerusi sesi perkongsian interaktif, AYDA XChange 2017 mempamerkan dua tokoh terkemuka industri iaitu Pengarah Garis Architects Ar Tang Hsiao Seak dan pengasas bersama Bengkel Rekaan Gade Martin Haeger, Pengarah Kumpulan Rekabentuk HL.
Sehingga ini, lebih 4,500 arkitek dan pelajar seni reka dalaman menyertai pertandingan berprestij ini sejak diperkenalkan pada 2008 dan dijangka akan menarik lebih banyak penyertaan pada 2017.
AYDA 2017 dibuka untuk semua pelajar seni reka binaan dan seni reka dalaman.
Tarikh akhir penyertaan ialah 3 Okt 2017, untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh layari www.asiayoungdesigneraward.com.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment