Thursday, June 1, 2017

GRAHAM DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN DAN PENGERUSI EXXONMOBIL EXPLORATION & PRODUCTION MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) – ExxonMobil Exploration & Production Malaysia Inc. melantik Edward E. Graham sebagai Presiden dan Pengerusi berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan, ExxonMobil berkata, Graham juga dilantik sebagai Pengerusi anak-anak syarikat Exxonmobil di Malaysia.
Graham menggantikan See Kok Yew, yang kini memegang jawatan Naib Presiden, Hartanah dan Kemudahan Global, ExxonMobil Global Services Company, di Houston, Texas.
Sebelum ini, Graham merupakan Naib Presiden dan Pengurus Pengeluaran di ExxonMobil Iraq Ltd.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment