Thursday, October 20, 2016

TARGET UMUMKAN KERJASAMA MUSIM BUNGA DENGAN VICTORIA BECKHAM

MINNEAPOLIS, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Target Corporation (NYSE: TGT) hari ini mengumumkan kerjasama musim bunga edisi terhad mereka dengan pereka Victoria Beckham. Boleh diperolehi bermula pada 9 April, 2017, di kesemua kedai Target dan Target.com, Victoria Beckham untuk Target mencerminkan intipati barisan Victoria, Victoria Beckham, termasuk reka bentuk asal dan inspirasi daripada siluet ikonik, dengan pakaian dan aksesori untuk wanita, perempuan, anak kecil dan bayi. Kerjasama itu dengan Target juga menandakan penglibatan pertama pereka itu ke dalam kategori produk kanak-kanak. Pakaian terpilih daripada koleksi itu boleh didapati untuk dijual di peringkat antarabangsa melalui victoriabeckham.com.
 
"Bekerja dengan Target telah menjadi satu proses yang sangat menarik, dan perkongsian ini membolehkan kami untuk berkongsi intipati Victoria, Victoria Beckham dengan lebih ramai orang berbanding sebelum ini," kata Victoria Beckham. "Saya telah mendapat ilham untuk menghasilkan barisan Victoria, Victoria Beckham ini semasa saya mengandungkan Harper, dan sejak dilancarkan, kategori itu telah berkembang menjadi satu koleksi gaya hidup yang mantap. Dengan kedua-dua barisan produk dan anak perempuan saya mencecah usia lima tahun, saya merasakan bahawa masanya adalah tepat untuk memperluaskan ke dalam titik harga yang lebih boleh diakses dan untuk meraikan kedua-dua peristiwa penting dengan memperluaskan rangkaian produk untuk memasukkan pakaian kanak-kanak buat kali pertama."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9422

No comments:

Post a Comment