Wednesday, October 5, 2016

FinalCode Lantik Pacific Tech Sebagai Pengedar Di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- FinalCode Inc, inovator dalam keselamatan fail berterusan, telah melantik Pacific Tech Pte Ltd sebagai pengedarnya di Asia Tenggara.

Perkongsian itu akan membolehkan kedua-dua syarikat menangani peningkatan permintaan untuk keselamatan pengurusan hak maklumat, dengan FinalCode merancang mengembangkan operasinya di Singapura dan melebarkan penembusan pasaran melalui pengalaman luas Pacific Tech dan rangkaian penjual semula yang meluas di rantau ini.

"FinalCode adalah tambahan cemerlang kepada porfolio keselamatan. Pelanggan kini boleh berkongsi fail sulit dengan pihak dalaman dan luaran dengan yakin," kata Pengarah Serantau Pacific Tech Pte Ltd, Andy Woo dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Woo berkata, apa yang lebih penting, FinalCode menghapuskan kerumitan penyelesaian pengurusan hak digital tradisional, menjadikannya penyelesaian mesra pengguna serta ditadbir dengan mudah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FinalCode Asia-Pacific, Frank Courtney-Jay berkata, berikutan pertumbuhan jualan kukuh syarikat lebih daripada lima kali ganda dalam pendapatan tahun lepas, pihaknya telah membuka ibu pejabat serantau di Singapura Mac lalu, bagi menyokong pertumbuhan asas pelanggan di Asia-Pasifik.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan di Pacific Tech. Ia adalah pengedar yang menawarkan pelbagai perkhidmatan nilai tambah kepada rakan kongsi salurannya, termasuk perkhidmatan terurus, sokongan teknikal, penyelenggaraan dan latihan.

"Kemahiran dan pengalamannya dalam industri keselamatan telah diiktiraf dan diberi anugerah oleh beberapa vendor utama," kata Courtney-Jay.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment