Saturday, October 1, 2016

85 PERATUS GRADUAN PLKK FTC DAPAT PEKERJAAN

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sejumlah 85 peratus atau 9,879 daripada
11,622 graduan Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) yang dilaksanakan
oleh Felcra Training And Consultancy (FTC) berjaya mendapat pekerjaan dan
bergelar usahawan.
    Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Zulkarnain Md Eusope berkata program
yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas itu berjaya menempatkan graduan PLKK
dalam industri automotif, jahitan, industri gas dan minyak sehingga ada menerima
pendapatan lumayan.
    "Meskipun kelayakan mereka (graduan) hanya di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) tetapi ada yang mendapat pendapatan bulanan hampir RM8,000,"
katanya kepada pemberita pada majlis graduasi PLKK 2016 FTC di sini hari ini.
    Sejumlah 248 graduan menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut.
    Zulkarnain berkata PLKK dilaksanakan dalam tempoh enam bulan iaitu tiga
bulan kursus dan tiga bulan lagi latihan kemahiran industri di syarikat-syarikat
swasta yang telah dikenal pasti.
    Beliau berkata, pada tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM9.4 juta
kepada FTC untuk pembiayaan porgram PLKK.

    -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment