Saturday, October 22, 2016

PAMERAN BERGERAK THE RENEWABLES ACADEMY AG (RENAC) MENERANGKAN PENYEPADUAN GRID BAGI TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI


BANGKOK, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Bergerak The Renewables Academy AG (RENAC) "Penyepaduan Grid bagi Tenaga Boleh Diperbaharui" telah dibentangkan pada “Persidangan Tenaga Boleh Diperbaharui berasaskan Komuniti Thai-Jerman kedua 2016” di Bangkok (Thailand) yang dianjurkan bersama oleh Deutsche Gesellschaft für internationale Zusammenarbeit (GIZ) dan Kementerian Tenaga Thailand (MoEN). Pameran itu menjelaskan mengenai isu yang sangat kompleks berhubung penyepaduan grid bagi angin yang banyak dan fotovoltan solar ke dalam grid elektrik dalam satu cara yang mudah. Pameran itu amat dialu-alukan oleh  150 peserta persidangan. Selepas majlis berkenaan, pameran bergerak itu akan dipamerkan selama beberapa minggu di kawasan MoEN.

RENAC, sebuah pakar antarabangsa di dalam pembinaan keupayaan bagi tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga, telah membangunkan pameran komprehensif ini. Di Thailand dan juga di negara-negara lain di seluruh dunia, penyepaduan bagi tenaga boleh diperbaharui ke dalam grid elektrik adalah satu daripada topik hangat di seluruh industri. Dengan kadar yang semakin meningkat bagi fotovoltan dan tenaga angin di dalam grid, satu pemahaman yang mendalam mengenai keunikan sebuah sistem tenaga diperlukan untuk memastikan operasi yang selamat dan berterusan bagi grid elektrik. Menurut Berthold Breid (Ketua Pegawai Eksekutif RENAC), "pameran itu menggabungkan unsur-unsur grafik dengan teks didaktik yang dibentangkan pada 15 sepanduk. Ini membantu untuk menjelaskan topik yang sangat kompleks itu kepada khalayak yang luas yang tidak memiliki latar belakang teknikal."

No comments:

Post a Comment