Saturday, October 8, 2016

AIBIM JAMIN TERUSKAN AKSES PEMBIAYAAN


KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia
(AIBIM)hari ini memberi jaminan akan terus menyokong perniagaan serta perusahaan
kecil dan sederhana (PKS) menerusi tawaran akses kepada pelbagai skim pembiayaan
oleh institusi perbankan komersial Islam terbabit.



    Ia sebagai susulan Laporan Daya Saing Global 2016-2017 oleh Forum Ekonomi
Dunia yang antara lainnya mendakwa biarpun Malaysia menerajui ekonomi pesat
membangun di rantau ini, namun ia masih berdepan masalah akses pembiayaan bagi
tujuan menjalankan perniagaan.



    Dalam satu kenyataan hari ini, AIBIM berkata kalangan industri kewangan
Islam sudah melaksanakan pelbagai inisiatif serta mewujudkan peluang pembiayaan
bagi memastikan syarikat serta PKS mendapat akses terhadap kemudahan itu. 



    Ini termasuk Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah yang menawarkan sehingga
maksimum RM5 juta dengan rebat dua peratus bagi kemudahan yang disediakan
institusi kewangan terbabit. 



    Sehubungan itu, AIBIM menasihati pengusaha perniagaan dan PKS untuk
mendapatkan khidmat nasihat pembiayaan daripada pihak bank masing-masing. 



    Tegasnya, antara kriteria diutamakan pihak bank bagi menyokong permohonan
pembiayaan itu termasuk idea perniagaan yang mampan dan menyakinkan, rekod
prestasi perniagaan yang baik, pelan perniagaan serta pasukan yang kukuh. 



    -- BERNAMA 


No comments:

Post a Comment