Friday, October 14, 2016

PERARAKAN FESTIVAL TOHOKU AKAN MEMAPARKAN ENAM PERAYAAN TEMPATAN, MEMBANTU UNTUK MENYOKONG PEMULIHAN KAWASAN YANG DILANDA GEMPA BUMI

Menampilkan paparan budaya dari Tohoku dan Tokyo, akan menjadi acara utama yang pertama diadakan di kawasan Toranomon, pusat budaya dan  komersial baharu bagi Tokyo

TOKYO, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Eksekutif TOKYO SHINTORA MATSURI hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengadakan festival TOKYO SHINTORA MATSURI mereka di Shintora-dori Avenue, Tokyo, jalan raya baharu yang dibina sebagai sebahagian daripada kawasan pembangunan semula Toranomon, pada 19 dan 20 November. Festival itu akan menjadi acara utama yang pertama yang menggunakan ruang baharu yang diwujudkan di daerah Shintora (Shimbashi-Toranomon), hab antarabangsa yang baharu di Tokyo bagi perniagaan dan budaya. Ia akan termasuk Perarakan Tohoku Rokkonsai (enam perayaan), satu pertunjukan jalan raya khas yang menggabungkan tarikan festival secara individu dari bandar raya di Aomori, Akita, Morioka, Yamagata, Sendai, dan Fukushima di wilayah Tohoku.

Perarakan Tohoku Rokkonsai diadakan buat pertama kali pada tahun 2011 di bandar raya Sendai, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pemulihan sebuah kawasan yang terjejas akibat Gempa Bumi Dahsyat Jepun Timur pada awal tahun itu; sejak itu ia telah diadakan pada setiap tahun di bandar raya utama yang lain di seluruh Tohoku. Meraikan kepelbagaian dan kebingkasan rantau itu, perarakan sepanjang 300 meter itu akan diteruskan di sepanjang Shintora-dori Avenue pada 20 November, dengan lebih 300 penari dan penghibur lain mempamerkan ciri-ciri festival daripada enam bandar raya Tohoku itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9405

No comments:

Post a Comment