Saturday, October 29, 2016

KENYATAAN MEDIA : MUZAKARAH PAKAR "HIDUP DAN MATI - ANTARA KEFAHAMAN ISLAM NEUROSAINS"

KUBANG KERIAN, Kelantan, 28 Okt (Bernama) -- Perbezaan pendapat tentang pemahaman istilah yang digunakan oleh agamawan dan ahli sains terutamanya yang berkaitan dengan bidang perubatan dan neurosains seringkali timbul. Antara istilah tersebut adalah jantung, hati, qalb, otak, hayat dan kematian. Perbezaan pendapat seperti itu akan membawa kepada kekeliruan dan salah faham yang mengakibatkan tiada kesepakatan dalam menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan insan. 


Baru-baru ini Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah mengadakan satu muzakarah pakar yang membincangkan persoalan 'Hidup dan Mati' : Antara Kefahaman Islam dan Neurosains'. Objektif muzakarah pakar ini adalah untuk melihat hakikat penciptaan insan bermula dengan kehidupan, berakhir dengan kematian menurut fahaman Islam dan juga dengan pandangan neurosains yang konvensional, memperhalusi maksud yang terkandung dalam sesuatu istilah berasaskan ilmu perubatan semasa serta pandangan Islam selain daripada mencari kesepakatan makna istilah-istilah yang digunakan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9456

No comments:

Post a Comment