Tuesday, October 11, 2016

EMERALD MEDIA YANG DISOKONG OLEH KKR MELABUR AS$50 JUTA DALAM YUPPTV

MUMBAI, India, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Emerald Media, sebuah platform Pan-Asia yang diwujudkan oleh firma pelaburan global terkemuka KKR untuk melabur di dalam sektor media dan hiburan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi satu kepentingan minoriti yang signifikan di dalam YuppTV dengan nilai AS$50 juta. YuppTV adalah satu daripada platform video over-the-top (OTT) yang terkemuka di dunia bagi kandungan Asia Selatan yang menawarkan TV secara langsung, catch-up TV dan filem atas permintaan dalam 14 bahasa merentasi ke seluruh dunia. Modal pertumbuhan itu akan membolehkan YuppTV untuk memperluaskan tapak kehadirannya di seluruh dunia, mengembangkan kandungan perpustakaannya melalui penerbitan asal dan pengambilalihan, dan mengembangkan dengan pesat pangkalan pelanggan berbayar mereka.



No comments:

Post a Comment