Thursday, May 25, 2023

WALTON GLOBAL MELANCARKAN PROGRAM IMIGRASI EB-5 GLOBAL

Menawarkan peluang dalam pelaburan hartanah kepada pemohon dari serata dunia dalam projek pembangunan di AS

SCOTTSDALE Arizona, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walton Global, sebuah syarikat pelaburan hartanah dan pengurusan aset tanah, mengumumkan pelancaran program imigrasi berdasarkan pekerjaan (EB-5) yang menawarkan peluang untuk melabur dalam projek pembangunan di AS kepada pemohon dari serata dunia yang diuruskan oleh Walton. Program ini memberikan tawaran unik dalam industri untuk pemohon EB-5 menerima pulangan pada pelaburan mereka selain menyediakan peluang kepada individu yang ingin mendapatkan Kad Penduduk Tetap dan menjadi rakyat AS.

“Kami menantikan untuk menyokong pembangunan ekonomi dan penciptaan pekerjaan baharu di AS dengan membangunkan perniagaan berkualiti yang tidak akan luput dek zaman,”kata Bill Doherty, CEO Walton Global. “Strategi kami adalah untuk mencipta pembangunan di komuniti utama di seluruh negara yang akan dialu-alukan oleh penduduk dan mempromosi industri pelancongan. Kami komited dengan usaha yang kami sedang lakukan dan kami bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik dan penuh dengan maklumat kepada klien dan pelabur global kami yang semakin bertambah dalam bidang EB-5.”

Sebagai salah satu perniagaan dalam satu-satunya program EB-5 yang patuh Shariah buat masa ini, Walton Global mengambil langkah tambahan untuk memberikan nilai kepada pelabur. Selain daripada 11 pejabat global, Walton akan memberikan liputan tambahan dan setempat di negara seperti Brazil dan Taiwan.

“Ini merupakan pencapaian yang menarik buat Walton. Ketika kami mengembangkan perniagaan kami secara global selama ini, pelabur dan klien kami sering bertanya jika kami mempunyai keupayaan untuk membantu mereka berimigrasi ke AS dan kami gembira kini kami boleh menyediakan perkhidmatan tersebut kepada mereka,” kata Matt Keister, Naib Presiden Eksekutif di Walton Global. “Kami telah mengumpulkan pasukan terbaik yang pakar dalam bidang mereka dan memahami nuansa program EB-5. Kami melibatkan agensi dan kumpulan imigrasi secara aktif dari seluruh dunia untuk meluaskan perkhidmatan kami dan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat untuk imigrasi yang sah ke AS.”

Walton Global kini menerima permohonan untuk peluang dalam pelaburan hartanah EB-5. Lawati walton.com.  

No comments:

Post a Comment