Friday, May 12, 2023

TRITON DIGITAL BEKERJASAMA DENGAN AUDACIA UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN AUDIO PROGRAMATIK YANG MENINGKAT DI ASIA



NEW YORK, 12 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Triton Digital®, peneraju teknologi dan perkhidmatan global kepada industri audio digital, audio siar dan radio penyiaran, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah memeterai perjanjian dengan Audacia, pasaran pengiklanan global yang menggunakan kuasa audio untuk menghubungkan penerbit, pengiklan dan pelanggan. Melalui perkongsian ini, rangkaian iklan Audacia akan mempunyai akses kepada pertukaran penerbit audio premium Triton Digital merentasi semua format audio di rantau Asia Pasifik.

Audacia akan memanfaatkan Platform Bahagian Penawaran (Supply Side Platform - SSP) Triton Digital, SSP yang mengutamakan audio, dibina dari bawah untuk perkhidmatan penyiar, penyiar audio siar dan penstriman muzik. Diintegrasikan dengan DSP terkemuka dunia, SSP ini menyediakan kawalan penerbit lanjutan untuk menguruskan akses, mengawal penetapan harga dan mewujudkan tetapan kualiti iklan dalam Pasaran Audio Triton. Selain itu, tawaran pasaran terbuka dan persendirian dengan pembeli, jenama atau rumah jualan yang khusus boleh dikonfigurasikan. Audacia akan dapat mewujudkan pakej inventori audio tersuai dan disasarkan, serta menjadikan pakej tersebut tersedia kepada mana-mana DSP yang disambungkan.

“Industri audio terus berkembang dan begitu juga cabaran untuk menjangkau khalayak yang sesuai,” kata Kym Treasure, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Audacia. “Perkongsian Audacia dengan Triton Digital akan menghubungkan pengiklan dengan penerbit yang berhasrat untuk menjangkau khalayak sasaran yang sama, sambil mengembangkan akses dan meningkatkan penerimagunaan pengiklanan programatik.”

Baru-baru ini, rangkaian penerbit audio Triton Digital telah turut serta dalam pakej rangkaian iklan Audacia untuk pengewangan inventori antarabangsa.

“Triton Digital amat teruja untuk bekerjasama dengan Audacia, menggandingkan pemahaman mendalam Kym mengenai industri audio dengan inventori audio Triton. Rantau Asia Pasifik berkembang pesat, kerana penggunaan audio digital meningkat lebih 450% dalam tempoh 24 bulan yang lepas dengan menawarkan medium berharga untuk pengiklan menyasarkan dan menjangkau khalayak yang terlibat,” kata Stephanie Donovan, Ketua Hasil Global di Triton Digital. “Kesatuan ini akan membantu mempercepat kesedaran mengenai manfaat pengiklanan audio programatik di APAC.”

Tambahan pula, pengiklan dalam rangkaian Audacia akan mempunyai akses kepada platform analisis Triton untuk pelaporan masa nyata dengan papan pemuka yang mudah digunakan bertujuan membandingkan metrik prestasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Triton Digital, sila kunjungi: https://www.tritondigital.com/

Maklumat Tentang Triton Digital

Triton Digital® ialah peneraju teknologi dan perkhidmatan global kepada industri audio digital, audio siar dan radio penyiaran. Beroperasi di lebih daripada 80 negara, Triton menyediakan teknologi berinovatif yang membolehkan perkhidmatan penyiar, penyiar audio siar dan muzik dalam talian membina khalayak masing-masing, memaksimumkan hasil dan menyelaraskan operasi harian. Selain itu, Triton memperkasa industri audio dalam talian global dengan Webcast Metrics®, perkhidmatan pengukuran audio penstriman terkemuka dan Podcast Metrics, satu daripada perkhidmatan pengukuran audio siar pertama yang diperakui IAB dalam industri. Bersama integriti, kecemerlangan, kerja berpasukan dan kebertanggungjawaban yang tiada tandingannya, Triton kekal komited untuk menghubungkan audio, khalayak dan pengiklan bagi terus memacu pertumbuhan industri audio global.

Maklumat Tentang Audacia

Audacia ialah pasaran pengiklanan global yang menghubungkan penerbit, pengiklan dan pelanggan merentasi persekitaran audio premium. Ini ialah satu-satunya platform pengiklanan audio digital bebas, tindanan penuh, yang menyediakan penyelesaian global khidmat lengkap. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Audacia, sila kunjungi audaciaaudio.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian/Individu untuk Dihubungi
Untuk Maklumat Lanjut, Pihak Media Sahaja:

Moxie Communications Group untuk Triton Digital
tritondigital@moxiegrouppr.com

Kym Treasure untuk Audacia
https://audaciaaudio.com/
 
Sumber: Triton Digital

No comments:

Post a Comment