Friday, May 19, 2023

ACARA PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA PADA SESI KE-67 SURUHANJAYA MENGENAI STATUS SERUAN WANITA UNTUK EKOSISTEM INOVASI DIGITAL TERANGKUM JANTINA

 

Table

Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) ialah kerjasama pelbagai pihak berkepentingan mengenai keusahawanan wanita yang ditubuhkan semasa UNGA 74. WEA menggabungkan enam agensi PBB, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Kompak Global PBB (UNGC), Wanita PBB dan Mary Kay Inc. untuk memperkasa 5 juta usahawan wanita menjelang 2030. (Penghargaan: WEA)


Acara pelbagai pihak berkepentingan peringkat tinggi mengenai membuka potensi usahawan wanita untuk berinovasi dalam ekonomi digital sebagai pramula kepada pengumuman tiga pemenang terbaik Cabaran Inovasi Digital WEA


NEW YORK & GENEVA, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Memanfaatkan tema Suruhanjaya Status Wanita (CSW67) pada tahun ini mengenai inovasi dan teknologi dari perspektif jantina, acara sampingan CSW Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) yang dianjurkan di ibu pejabat MetLife di New York City, berjaya menghimpunkan panel pakar peringkat tinggi. Wakil kanan agensi rakan kongsi WEA, wakil daripada sektor swasta dan masyarakat sivil membincangkan cara membina ekosistem yang lebih responsif terhadap jantina untuk usahawan wanita supaya mereka boleh menyertai dan bersaing dalam ekonomi digital. Penceramah mengenal pasti WEA sebagai penyelesaian pelbagai pihak berkepentingan yang kritikal untuk menangani kesesakan dihadapi oleh keusahawanan wanita.

Menangani peranan inovasi dan teknologi dari lensa jantina buat kali pertama sejak penubuhan kerjasama tersebut, set kesimpulan yang dipersetujui diterima pakai oleh Negara Anggota pada acara CSW67 memberikan panduan amalan terbaik untuk pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil. Panduan ini bertujuan menggalakkan penyertaan dan kepimpinan yang sepenuhnya, serta sama rata daripada wanita dan perempuan dalam reka bentuk dan pelancaran teknologi digital dan proses inovasi.

Ahli panel memberikan tumpuan kepada:

· kepentingan kritikal keusahawanan wanita sebagai pemacu utama inovasi dalam menangani cabaran masyarakat dan;
· sumbangan yang dibuat oleh usahawan wanita kepada pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kemiskinan.

Halangan yang dihadapi oleh usahawan wanita dalam mengembangkan perniagaan mereka dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka turut diketengahkan yang termasuk:

· kekurangan akses kepada modal, norma sosial yang tidak sama rata, kekurangan ketersambungan dan kekangan masa, serta kemahiran, yang kesemuanya menghalang keupayaan mereka bersaing dalam pasaran digital.

Pendigitalan sebagai pemboleh kritikal untuk usahawan wanita dan peranan teknologi digital dalam menyokong perniagaan wanita semasa pandemik ditekankan, serta kesan yang kurang menyenangkan daripada pandemik tersebut terhadap penyertaan pasaran buruh wanita dan hak wanita secara amnya.

Kepentingan mewujudkan ekosistem yang kukuh untuk usahawan wanita bersaing dan meningkatkan perniagaan mereka menjadi topik utama kepada perbincangan tersebut. Ahli panel mewakili pelbagai sektor ekosistem menunjukkan WEA sebagai platform lengkap yang luar biasa, serta sedang berusaha menangani halangan kepada keusahawanan wanita melalui kerjasama dengan sektor swasta dan enam agensi PBB yang unik.

Acara WEA juga merupakan peluang untuk mengumumkan pemenang Cabaran Inovasi Digital WEA.

Inisiatif WEA dan dikendalikan oleh ITU dengan kerjasama Mary Kay, objektif Cabaran ini ialah membina konteks yang membolehkan usahawan wanita dengan menangani halangan kepada keusahawanan wanita, termasuk jurang jantina digital, melengkapkan tema CSW67 pada tahun ini mengenai inovasi dan teknologi dari perspektif jantina.

Dilancarkan pada bulan Disember 2022 di ibu pejabat global rakan kongsi WEA Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa di Geneva, Cabaran Inovasi Digital WEA menerima 250 penghantaran daripada syarikat di 54 negara sama ada dimiliki oleh wanita atau sekurang-kurangnya seorang pengasas wanita setiap syarikat dengan penyelesaian digital unik yang bertujuan memacu manfaat sosio-ekonomi dalam komuniti masing-masing. Selaras dengan Gabungan Inovasi dan Keusahawanan untuk Digital ITU, objektif Cabaran tersebut ialah mempamerkan rupa bentuk ekosistem inovator digital yang baharu muncul dan membina konteks yang membolehkan usahawan wanita menyertai ekonomi digital.

10 pemenang Cabaran telah dijemput melakukan pembentangan idea perniagaan mereka secara langsung selama dua minit di hadapan Jemaah Juri pakar pada acara CSW yang terdiri daripada pelabur dan wakil bersilang sektor yang masing-masing memberikan cerapan unik mereka.

Ahli Jemaah Juri termasuk:

· Dan Seymour, Pengarah Perkongsian Strategik, Wanita PBB;
· Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Eksekutif, Mary Kay;
· Harry O’Mealia, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, 1919 Investment Counsel;
· Julia Pimsleur, Pengasas, Million Dollar Women Network;
· Selin Oz, Pengurus Kanan, Perbankan PKS Perbankan Keusahawanan, Garanti BBVA;
· Tess Mateo, Pelabur Impak ESG Kelestarian, Delegasi W20 Amerika Syarikat ke G20;
· Ursula Wynhoven, Wakil kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.

10 pemenang ini akan mendapat akses kepada “Program Pecutan Cabaran Inovasi Digital” pada bulan-bulan akan datang yang mereka akan menerima latihan pembinaan kapasiti dan bootcamp maya untuk membantu memperhalusi lagi rancangan perniagaan mereka serta kepakaran pementoran dan akses kepada rangkaian pembuat perubahan. Berikutan ini, pemenang terpilih akan mengambil bahagian dalam Forum Inovasi Global ITU yang berprestij pada akhir tahun ini dan menyertai komuniti amalan untuk meneroka cara melonjakkan jurang inovasi digital dan menangani cabaran global.

Anugerah Penampilan Istimewa diberikan kepada tiga syarikat yang menerima jam perundingan daripada 1919 Investment Counsel. Di tempat pertama dan penerima 10 jam perkhidmatan perundingan ialah Tiny Totos, perusahaan sosial Kenya yang berusaha memastikan asuhan kanak-kanak yang berkualiti. Melalui penyediaan latihan, akses kepada modal, rangkaian dan platform teknologi, Tiny Totos membantu menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak untuk meningkatkan ketersediaan asuhan kanak-kanak dan menambah baik kualiti perkhidmatan asuhan kanak-kanak di negara tersebut.

Menerima 5 jam setiap perkhidmatan perundingan, dua naib juara, Health Innovation Exchange (HIEx) dan Gwiji for Women Gig Workers, juga menangani cabaran utama masyarakat. HIEx mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh sistem kesihatan dan menghubungkan inovator dengan pelaku utama ekosistem kesihatan terutamanya di Afrika dan Asia untuk menyampaikan penyelesaian yang boleh menambah baik akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti. Gwiji for Women Gig Workers ialah syarikat permulaan teknologi yang menangani halangan kepada penyertaan pasaran buruh oleh wanita berpendapatan rendah di Kenya. Syarikat ini mengenal pasti, menyemak, melatih dan memperkasa wanita daripada latar belakang sosio-ekonomi yang rendah sebagai tukang cuci kasual dengan menghubungkan mereka kepada bakal pelanggan melalui aplikasi mudah alih.

Cabaran Inovasi Digital WEA diadakan berlatarbelakangkan konteks ekonomi yang pesat berubah, serta telah menyaksikan peningkatan teknologi digital dan pertumbuhan ekonomi digital. Mengiktiraf potensi pecutan digital mengekalkan ketaksamaan, Cabaran ini memberikan peluang untuk membincangkan pendigitalan sebagai penghalang kepada status ekonomi wanita.

Perbincangan panel peringkat tinggi termasuk wakil bersilang sektor berikut:

· Kata-kata Aluan:
Dr. Cindy Pace, Naib Presiden, Ketua Pegawai Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman Global, MetLife
· Kata-kata Pembukaan:
Anita Bhatia, Penolong Setiausaha Agung PBB dan Timbalan Pengarah Eksekutif Penyelarasan, Perkongsian, Sumber dan Kelestarian PBB, Wanita PBB
Ulrika Modéer, Penolong Setiausaha Agung PBB dan Pengarah Biro Perhubungan Luar dan Advokasi, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)
· Kata-kata Pengenalan:
Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Eksekutif, Mary Kay
· Penceramah Utama:
Virginia Littlejohn, Ketua Bersama Women20 (W20) Delegasi Amerika Syarikat ke negara-negara G20; Penyelaras Global, Inisiatif Tindakan Usahawan Wanita (WE Act) W20; Penasihat, Women7 (W7) untuk Negara-negara G7 dan Pasukan Penyelaras Bersama untuk Pemerkasaan, Penyertaan Bermakna dan Kepimpinan Wanita; 50 Wanita Forbes melebihi 50 Tahun (Pelaburan)
· Pembahas:
Sonia Jorge, Pengasas dan Pengarah Eksekutif, Perkongsian Keterangkuman Digital Global (GDIP)
· Kata-kata Penutup:
Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Pengarah Biro Pembangunan Telekomunikasi, ITU

Ahli panel di atas bercakap tentang kepentingan keusahawanan wanita sebagai pemboleh kritikal Matlamat Pembangunan Mampan dan keperluan mewujudkan ekosistem yang lebih responsif terhadap jantina untuk usahawan wanita supaya mereka boleh bersaing dan mengembangkan perniagaan mereka dalam ekonomi digital

“Usahawan wanita berhadapan dengan halangan yang membantutkan pertumbuhan perniagaan mereka daripada kekurangan modal kepada norma sosial, serta kekangan masa dan kemahiran. Keusahawanan boleh menjadi kuasa yang kuat untuk menangani cabaran masyarakat. Walau bagaimanapun, keusahawanan dan manfaat yang boleh dipacu masih kekal dikuasai golongan lelaki. Melalui usaha membangunkan ekosistem yang lebih terangkum jantina untuk permulaan perniagaan dan mencabar model perniagaan semasa, kita boleh menghapuskan halangan yang dihadapi oleh usahawan wanita supaya mereka boleh memacu kejayaan dan mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.”
Dr. Cindy Pace, Naib Presiden, Ketua Pegawai Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman Global, MetLife

“200 juta wanita di India menerima wang semasa pandemik kerana pendigitalan telah merealisasikan penerimaan tersebut melalui telefon mudah alih mereka serta melalui sistem pengenalan kebangsaan. Walau bagaimanapun, dua tahun memasuki kehidupan pascapandemik, wanita terus menghadapi halangan besar dalam mengakses modal usaha niaga dan juga dalam berinovasi. Kita tahu bahawa kurang daripada 5% modal usaha niaga disalurkan kepada perniagaan milik wanita dan sehingga itu, ekosistem pembiayaan untuk wanita tidak banyak berubah, yang akan mengubah kehidupan usahawan wanita.”
Anita Bhatia, Penolong Setiausaha Agung PBB dan Timbalan Pengarah Eksekutif Penyelarasan, Perkongsian, Sumber dan Kelestarian PBB, Wanita PBB

“Kita telah melihat lebih daripada 600 juta individu menggunakan internet buat kali pertama sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi 2.7 bilion inividu masih lagi berada di luar talian yang majoritinya ialah wanita. Wanita juga 25% berkemungkinan kecil berbanding lelaki mengetahui cara menggunakan teknologi yang menghalang mereka daripada peluang asas memanfaatkan teknologi untuk berkembang maju. Tambahan pula, perniagaan milik wanita membentuk 30% perniagaan berdaftar di seluruh dunia, namun begitu hanya 10% daripada mereka mempunyai akses kepada modal yang diperlukan untuk berkembang. Kita juga mesti mengimbas kembali bahawa undang-undang asas perlu disediakan bagi digital untuk memanfaatkan wanita dan ini bermaksud hak wanita perlu diusahakan pada masa yang sama.”
Ulrika Modéer, Penolong Setiausaha Agung PBB dan Pengarah Biro Perhubungan Luar dan Advokasi, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)

“Kita perlu membalikkan trend semasa inovasi buta jantina dan membetulkan jurang jantina digital yang wujud dalam akses kepada teknologi, serta dalam pendidikan dan kemahiran digital. Sudah tiba masanya untuk memastikan wanita tidak ketinggalan. Ini ialah pencapaian yang terlalu besar untuk dipikul oleh hanya satu syarikat atau satu industri. Memandangkan skala cabaran yang besar, kita perlukan lebih banyak rakan niaga bersilang sektor menyertai usaha membina suasana untuk usahawan wanita berinovasi, bersaing dan berkembang maju. Bersama Pemecut Keusahawanan Wanita, kita mempunyai platform lengkap untuk membentuk pasaran dan masyarakat digital yang lebih saksama dan terangkum.”
Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Eksekutif, Mary Kay Inc.

“Penyelidikan telah menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan jantina wujud yang menghalang usahawan wanita daripada akses sama rata kepada sumber ekosistem seperti kewangan dan pasaran, manakala kerjasama sektor kerajaan dan swasta yang lemah dalam ekosistem menghalang keusahawanan wanita daripada mengakses tonggak utama ekosistem. Akibatnya, ramai usahawan wanita cenderung 'menjalankan sendiri.’ Dasar dan rangka kerja perkongsian yang mengambil pendekatan yang lebih holistik dan sinergi, seperti Pemecut Keusahawanan Wanita, adalah penting untuk membuka potensi keusahawanan wanita yang sepenuhnya. Mengembangkan perkongsian WEA dengan lebih lanjut boleh membantu memacu lebih banyak kemajuan.”
Virginia Littlejohn, Ketua Bersama Women20 (W20) Delegasi Amerika Syarikat ke negara-negara G20; Penyelaras Global, Inisiatif Tindakan Usahawan Wanita (WE Act) W20; Penasihat, Women7 (W7) untuk Negara-negara G7 dan Pasukan Penyelaras Bersama untuk Pemerkasaan, Penyertaan Bermakna dan Kepimpinan Wanita; 50 Wanita Forbes melebihi 50 Tahun (Pelaburan)

“Sepanjang dekad yang lalu, dunia kehilangan kira-kira satu trilion dolar AS kerana kita tidak memasukkan wanita dalam aktiviti ekonomi digital. Jika kita membalikkan situasi itu, kita boleh memperoleh lebih $525 bilion dengan merapatkan jurang itu, bermakna kerajaan boleh memperoleh hasil tambahan sebanyak $525 bilion dalam tempoh 5 tahun yang akan datang jika memasukkan wanita sebagai ejen ekonomi aktif Tambahan pula, untuk merapatkan jurang dalam ketersambungan bermakna universal menjelang tahun 2030, kita hanya memerlukan $430 bilion. Untuk meletakkannya dalam perspektif, ini ialah jumlah yang dibelanjakan oleh dunia setiap tahun ke atas soda! Ini ialah asas untuk membawa wanita dalam talian, mewujudkan peluang untuk keusahawanan dan mencipta peluang untuk penyertaan, penciptaan, inovasi dan keterlibatan dengan perkhidmatan dan produk digital.”
Sonia Jorge, Pengasas dan Pengarah Eksekutif, Strategi dan Perkongsian, Perkongsian Keterangkuman Digital Global

“Penyelesaian yang dibentangkan sepanjang Cabaran tidak dapat dinafikan mengubah dunia menjadi lebih baik. Inovasi terangkum dan saksama akan membantu kita menavigasi dunia digital baharu yang semakin Meruap, Tidak Pasti, Kompleks dan Samar-samar. Ekosistem inovasi digital masih mengalami jurang jantina ketara yang menjejaskan semua orang. Ekosistem inovasi digital yang lebih terangkum jantina diperlukan untuk meningkatkan ekonomi dan masyarakat di seluruh dunia, serta membantu melindungi daripada krisis sosio-ekonomi yang telah kita lihat.”
Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Pengarah Biro Pembangunan Telekomunikasi di ITU

Rakaman acara tersebut tersedia di sini dan rakaman Cabaran Inovasi Digital WEA tersedia di sini.

Maklumat Tentang Pemecut Keusahawanan Wanita

Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) ialah kerjasama pelbagai pihak berkepentingan mengenai keusahawanan wanita yang ditubuhkan semasa UNGA 74. WEA menggabungkan enam agensi PBB, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Kompak Global PBB (UNGC), Wanita PBB dan Mary Kay Inc. untuk memperkasa 5 juta usahawan wanita menjelang 2030.

Matlamat inisiatif ini ialah untuk memaksimumkan impak pembangunan keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan mewujudkan ekosistem pembolehan untuk usahawan wanita di seluruh dunia. Pemecut memberikan contoh kuasa transformasi kerjasama pelbagai dengan magnitud yang unik untuk memanfaatkan potensi usahawan wanita. Ketahui lebih lanjut di kami pecut. Ikuti kami: Twitter (We_Accelerator), Instagram (@we_accelerator), Facebook (@womensentrepreneurshipaccelerator), LinkedIn (@womensentrepreneurshipaccelerator)

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53402188/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Pemecut Keusahawanan Wanita

No comments:

Post a Comment