Tuesday, May 2, 2023

PENGGERAK KEAMANAN BUDDHA RAKYAT JEPUN MENGGESA PEMIMPIN G7 UNTUK BERGERAK KE ARAH "TIDAK MENGGUNAKANNYA TERLEBIH DAHULU" BAGI SENJATA NUKLEAR DI SIDANG KEMUNCAK HIROSHIMA

TOKYO, 2 Mei, 2023/Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
Pada 27 April, 2023, ahli falsafah Buddha dan penggerak keamanan Daisaku Ikeda, presiden bagi Soka Gakkai International (SGI), telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggesa pemimpin negara-negara G7 yang akan bermesyuarat di Hiroshima dari 19-21 Mei untuk mengambil langkah-langkah berani ke arah menyelesaikan konflik di Ukraine dan menjamin keselamatan manusia sejagat dengan mengetuai di dalam perbincangan mengenai ikrar Tidak Menggunakannya Dahulu bagi senjata nuklear.

Ikeda, seorang penyokong kuat bagi pemansuhan senjata nuklear sejak 1960-an, melihat Sidang Kemuncak G7 di Hiroshima sebagai satu peluang untuk membina aktivisme yang tidak berbelah bagi untuk hibakusha -- mangsa yang terselamat dalam pengeboman nuklear Hiroshima dan Nagasaki -- dan keazaman mereka bahawa kesan tragedi daripada senjata nuklear itu tidak akan dialami lagi.

Beliau menyatakan: "Ketika pemimpin G7 melihat semula akibat sebenar bagi sebuah letupan senjata nuklear dan pengajaran pahit bagi era nuklear itu, Saya menggesa agar mereka memulakan perbincangan yang bersungguh-sungguh untuk membuat ikrar Tidak Menggunakannya Terlebih Dahulu supaya pengiktirafan bersama mereka tentang sifat senjata nuklear yang tidak boleh diterima boleh mencapai ekspresi di dalam dasar-dasar yang diubah."

Beliau memberi amaran bahawa dengan larangan terhadap penggunaan senjata nuklear semakin terhakis di kalangan negara yang memiliki senjata nuklear, dan rangka kerja untuk mengurus dan mengurangkan senjata nuklear yang hampir musnah, tidak ada keperluan yang lebih besar daripada sekarang untuk mewujudkan dasar-dasar Tidak Menggunakannya Terlebih Dahulu.

Mengenai Ukraine, Ikeda menggesa Sidang Kemuncak Hiroshima itu supaya menyediakan satu "preskripsi untuk harapan" dengan berusaha bagi menghentikan segera serangan ke atas infrastruktur awam dan membangunkan rancangan konkrit untuk rundingan yang akan membawa kepada pemberhentian permusuhan.

Beliau menegaskan bahawa wakil-wakil masyarakat madani, seperti doktor dan pendidik yang melindungi kehidupan dan masa depan rakyat, harus turut serta di dalam rundingan sedemikian sebagai pemerhati.


PENGGERAK KEAMANAN BUDDHA RAKYAT JEPUN MENGGESA PEMIMPIN G7 UNTUK BERGERAK KE ARAH "TIDAK MENGGUNAKANNYA TERLEBIH DAHULU" BAGI SENJATA NUKLEAR DI SIDANG KEMUNCAK HIROSHIMA

No comments:

Post a Comment