Thursday, May 11, 2023

ORGANISASI BUKAN UNTUNG AUSTRALIA MENDAPATKAN BANTUAN BOOMI BAGI MENYOKONG PESERTA KURANG UPAYA DENGAN LEBIH MENYELURUH

 



  • Organisasi bukan-untung Australia memanfaatkan integrasi dan pengurusan data induk Syarikat Boomi untuk memusatkan data secara selamat bagi mengoptimumkan dan menyesuaikan bantuan untuk lebih daripada 4,000 peserta kurang upaya
  • The Disability Trust telah menyertai lebih kurang 20,000 organisasi di seluruh dunia untuk memilih platform integrasi yang merupakan peneraju kategori Boomi dan turut memenangi Anugerah Gold Globee® sebagai perkhidmatan (iPaaS) bagi menjana hasil perniagaan yang lebih baik
SYDNEY & CHESTERBROOK, Pa., 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju automasi dan ketersambungan pintar telah mengumumkan bahawa The Disability Trust (“The Trust”) telah memilih Platform Boomi untuk memahami keperluan unik pesertanya serta mengoptimumkan jagaan keseluruhan.

"The Trust" ialah organisasi bukan untung (NFP) dengan 1,800 pekerja dan kakitangan jagaan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu lebih daripada 4,000 orang kurang upaya untuk menjalani kehidupan yang mereka idamkan. Antara perkhidmatan yang tersedia merangkumi latihan kemahiran hidup, bantuan hidup berdikari dan penginapan, peluang sosial dan jaringan, sukan dan rekreasi serta bantuan mencari pekerjaan. Untuk menyesuaikan perkhidmatan jagaan mereka dengan lebih baik, kakitangan dan para penjaga di "The Trust" memerlukan pandangan maklumat pengendalian, pekerja dan peserta yang selamat dan tunggal. Hasil daripada penghijrahan teknologi premis yang direka khas dan terasing ke awan, The Trust telah menggunakan Boomi Platform untuk menyingkirkan silo perniagaan, mengintegrasikan sistem kritikal perniagaan dan memusatkan data daripada penggunaan platform tersebut.

“Kriteria utama lembaga kami adalah untuk menyerahkan data kepada para penjaga bagi memastikan mereka boleh memberikan bantuan yang terbaik,” kata Ian Treweek, Ketua ICT di The Disability Trust. “Kami mahu para penjaga kami menerima semua maklumat yang mereka perlukan di setempat agar mereka boleh membuat keputusan ideal untuk jagaan dan memenuhi keperluan untuk setiap peserta dengan lebih baik. Kami juga ingin memastikan eksekutif dan pengurus kami memiliki data masa nyata bagi rantau dan pasukan mereka dengan sekadar "klik pada butang."

"Walaupun kami memiliki maklumat tersebut selama ini, maklumat itu telah bertaburan di berbilang sistem dengan pelbagai format. Selepas kami bertukar kepada awan, Boomi telah menyediakan cara yang ringkas untuk menyepadukan aplikasi kami agar pekerja boleh mendapatkan pandangan maklumat terkini dan tepat secara jelas, membolehkan mereka untuk menyediakan bantuan tersuai kepada setiap peserta."

The Trust telah menggunakan platform integrasi Boomi sebagai perkhidmatan (iPaaS) untuk menyambungkan sistem, termasuk sistem pengurusan jagaan (CMS), Direktori Aktif Microsoft, pengurusan risiko kewangan, sumber manusia dan jualan serta lingkungan alat reka khas dan khusus untuk industri yang lebih luas. Platform ini juga telah memperkenalkan Hab Data Induk (MDH) Boomi yang akan memindahkan maklumat pekerja dan peserta ke gudang data yang selamat.

Sebaik sahaja projek tamat, pekerja sokongan akan memperoleh pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap para peserta semasa semua pertemuan mereka, termasuk keupayaan untuk mencatatkan butiran yang mereka perlukan dan akan menjadi tersedia untuk semua pasukan. Hal ini akan membantu mempertingkatkan inisiatif seperti strategi pendayaan digital The Trust yang membolehkan orang kurang upaya untuk mengakses aktiviti-aktiviti seperti pemanduan simulasi sebelum memandu kereta sebenar, diberikan keupayaan untuk membuat panggilan video bagi tujuan peribadi atau profesional dan turut serta dalam latihan realiti maya (VR) serta permainan video.

Keputusan ini juga telah mendatangkan impak yang besar terhadap keupayaan The Trust untuk menunaikan kewajipan di bawah Skema Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) yang telah menjadi matlamat peralihannya pada lima tahun lepas dan memperkemas syarat laporan yang sedang berjalan.

“Banyak organisasi dalam sektor kami telah menggunakan jalan penyelesaian ad hoc, iaitu membiarkan para pekerja mereka untuk memasukkan data ke dalam berbilang sistem secara manual. Cara ini hanya akan mendatangkan banyak kerja semula yang tidak lestari. Memandangkan ketujuh-tujuh aplikasi teras perlu dijalinkan, penggunaan platform Boomi untuk menyambungkan data dengan serta-merta telah menjimatkan banyak jam untuk entri data, malah mengelakkan penduaan menerusi semak silang automatik." kata Treweek. “Para pekerja boleh menggunakan masa yang berjaya dijimatkan ini untuk melakukan kerja yang paling mustahak: memberikan jagaan.”

Sebelum platform Boomi, The Trust bergantung kepada legasi dan integrasi titik ke titik yang memerlukan pengekodan dan pengurusan ekstensif. Dalam keadaan tertentu, mereka terpaksa mengalami risiko data yang tidak konsisten dan ralat yang timbul kerana memasukkan data secara manual apabila mereka tidak mampu melakukan integrasi.

The Trust telah memilih Boomi sebagai salah satu tender kompetitif yang melibatkan enam organisasi lain. Selepas pelbagai siri ujian yang dijalankan, Boomi akhirnya dipilih kerana ia menawarkan pulangan pelaburan yang terbaik dan tidak memerlukan kiraan kepala tambahan untuk mengendalikan kerumitan teknikal dan pengekodan. Semua faktor ini merupakan faktor kritikal untuk Organisasi NFP seperti The Trust yang boleh menguntukkan semula setiap wang yang dijimatkan untuk menambah nilai dalam bantuan yang ditawarkan kepada pesertanya.

The Trust juga merancang untuk memanfaatkan API Boomi dan kebolehan Pengurusan API untuk mewujudkan proses seragam bagi suai tugas pekerja. Matlamatnya adalah untuk mencipta proses lancar untuk menyimpan maklumat secara tepat dan menyingkirkan kemasukan data yang mengambil masa berjam-jam lamanya merentas pelbagai pasukan apabila pekerja baharu menyertai organisasi tersebut.

“Data bukan sahaja mengoptimumkan pembuatan keputusan, tetapi juga menyimpan jawapan untuk soalan yang mungkin tidak diketahui oleh organisasi. Tanpa pandangan terpusat terhadap aset ini, syarikat-syarikat terpaksa menggunakan jalan penyelesaian yang akan melambatkan penghantaran perkhidmatan dan mendatangkan risiko kos melampau tinggi yang khususnya menjejaskan Organisasi NFP," kata Nathan Gower, Pengarah Boomi di Australia dan New Zealand. “Dengan adanya Boomi untuk menghubungkan data, manusia dan peranti, pasukan pengurusan telah mendapat gambaran jelas terhadap keperluan dan operasi peserta. Hal ini membolehkan mereka untuk memberikan tumpuan kepada peranan sokongan mereka dengan yakin bahawa maklumat yang mereka miliki adalah sah dan terkini.”

Selaku perintis iPaaS natif awan, Boomi meraikan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi, komuniti yang semakin berkembang denganlebih daripada 100,000 ahli; dan salah satu tatasusunan penyepadu sistem global terbesar (GSIs) dalam ruang iPaaS. Syarikat amat berbangga dengan rangkaian rakan niaga di seluruh dunia yang terdiri daripada Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan penskala hiper yang terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon,  Google dan Microsoft, antara lainnya.

Syarikat itu dimasukkan dalam senarai Deloitte Technology Fast 500™ dan Inc. 5000 sebagai salah sebuah syarikat teknologi paling pesat berkembang dan berinovatif di Amerika. Baru-baru ini, Boomi juga telah dicalonkan dalam senarai Nucleus Research bagi “Syarikat Hebat untuk Diperhatikan pada Tahun 2023.” Boomi juga telah memenangi dua Anugerah Stevie®, untuk Syarikat Terbaik dan Inovasi ProdukAnugerah Gold Globee® pada peringkat antarabangsa dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (Paas); Anugerah Merit untuk Teknologi dalam kategori Perkhidmatan Awan; dan Anugerah Stratus sebagai Peneraju Global dalam Pengkomputeran Awan 2022.

Sumber Tambahan
Maklumat Tentang Boomi
Matlamat Boomi adalah untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segala-galanya, di mana-mana sahaja. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi mencari pelanggan daripada pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing.  Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53396147/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan

Media:
Jasmine Ee
Ketua Hubungan Media & Juruanalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com

Sumber: Boomi 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17099

No comments:

Post a Comment