Monday, May 8, 2023

PENDAFTARAN UNTUK EDISI FOKUS GMAT™ AKAN DIBUKA PADA BULAN OGOS 2023

Bahan persediaan percuma tersedia dua bulan lebih awal bertujuan mendorong calon agar mencapai kejayaan dalam perjalanan pengajian sekolah perniagaan mereka



RESTON, Va., 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah (Graduate Management Admission Council™  –  GMAC), persatuan global yang mewakili sekolah perniagaan terkemuka, pada hari ini mengumumkan bahawa pendaftaran untuk Edisi Fokus GMAT™, versi terkini peperiksaan Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah (Graduate Management Admission Test™  –  GMAT™), akan dibuka untuk pengujian pada 29 Ogos 2023, suku keempat tahun ini . Selain itu, bahan persediaan Fokus GMAT rasmi akan tersedia di mba.com pada 6 Jun 2023, bersama perancang pengajian percuma hanya untuk enam minggu bagi membantu peserta ujian mematuhi jadual, memaklumkan tentang aktiviti persediaan dan menjejaki kemajuan, serta Kit Permulaan Rasmi Fokus GMAT percuma yang diberikan dengan pensampel 70 soalan sebenar GMAT dan dua peperiksaan latihan penuh bagi membantu calon menetapkan garis dasar prestasi.

Pada awal tahun ini, GMAC memperkenalkan Edisi Fokus GMAT selepas usaha penyelidikan meluas yang melibatkan ratusan profesional sekolah dan pengujian konsep secara mendalam dengan ribuan pelajar di seluruh dunia dilaksanakan. GMAT, peperiksaan kemasukan sekolah perniagaan yang paling meluas digunakan dalam tempoh tujuh dekad yang lalu, direka bentuk semula dengan pengalaman mengambil ujian yang bertambah baik dan ciri baharu yang fleksibel untuk menyokong calon pendidikan perniagaan siswazah dengan lebih baik. Sekolah akan menerima manfaat daripada perubahan ini sebagai elemen yang lebih baik dalam proses kemasukan holistik masing-masing.

“Kami mahu menggalakkan orang ramai dengan set kelayakan yang luas, mempunyai latar belakang siswazah dan pengalaman peribadi untuk memahami kekayaan pilihan mereka dan sanggup mengambil perubahan ke hadapan dalam perjalanan pengajian sekolah perniagaan mereka,” kata Joy Jones, Ketua Pegawai Eksekutif GMAC. “Ini ialah kepercayaan kami bahawa Edisi Fokus GMAT akan membolehkan calon mengoptimumkan persediaan mereka untuk pendidikan perniagaan siswazah sambil membantu sekolah menarik minat kumpulan global pemohon yang berkelayakan dan pelbagai.”

“Ini ialah evolusi ujian yang penting,” kata Bruce DelMonico, Penolong Dekan untuk Kemasukan di Sekolah Pengurusan Yale dan ahli lembaga GMAC. “Dari segi perkaitan dan kebergunaan ujian, ini sudah pasti menjadi langkah positif yang akan memanfaatkan pihak sekolah perniagaan dan calon.”

Lebih cekap, lebih fleksibel dan lebih berwawasan, dalam pengalaman pengujian serba baharu

Edisi Fokus GMAT akan menampilkan tiga bahagian dengan 45 minit bagi setiap bahagian: Penaakulan Kuantitatif, yang mengkaji kemahiran menyelesaikan masalah; Penaakulan Lisan, yang menilai penaakulan kritikal dan pemahaman bacaan tetapi tidak lagi menggabungkan pembetulan ayat; dan bahagian Cerapan Data yang baharu dibangunkan, yang mengukur kemahiran kecelikan data calon dan keupayaan menganalisis dan mentafsir data, serta mengguna pakai data tersebut kepada senario perniagaan dunia sebenar. Bersama perubahan ini dan penghapusan Penilaian Penulisan Beranalisis (AWA), pengujian menjadi hampir sejam lebih singkat berbanding versi semasa GMAT dan oleh yang demikian, aktiviti ini memerlukan kandungan yang kurang untuk disediakan. Selain ciri baharu yang membolehkan peserta ujian menandakan seberapa banyak soalan yang mereka mahu, menyemak soalan dalam baki masa bahagian dan menukar sehingga tiga jawapan bagi setiap bahagian dan untuk melengkapkan tiga bahagian dalam apa-apa susunan, Laporan Markah Rasmi yang dipertingkat kini menawarkan cerapan prestasi terperinci yang membantu mereka menilai kekuatan dan mengenal pasti kawasan fokus tanpa kos tambahan.

“Saya berpendapat reka bentuk semula peperiksaan GMAT ialah bukti komitmen GMAC untuk penambahbaikan berterusan. Perubahan kepada peperiksaan menekankan kepentingan yang semakin meningkat bagi kecekapan tertentu dan masa depan kerja – sebagai contoh dengan penambahan Cerapan Data,” kata Arnold Longboy, Pengarah Eksekutif, Pengambilan & Kemasukan di Sekolah Perniagaan London (London Business School).

Skala markah dan konkordans baharu untuk membantu menilai daya saing calon

Jumlah Markah Edisi Fokus GMAT, antara 205 hingga 805, adalah berdasarkan prestasi peserta ujian bagi ketiga-tiga bahagian peperiksaan, dengan setiap bahagian, antara 60 hingga 90, diwajarkan dengan sama rata. Perubahan ini telah dibuat untuk memastikan bahawa peserta ujian dan sekolah boleh membezakan dengan mudah daripada markah Edisi Fokus GMAT daripada markah Peperiksaan GMAT yang tersedia pada masa ini, iaitu antara 200 hingga 800. Untuk memahami daya saing relatif peserta ujian, seseorang boleh menggunakan jadual konkordans yang tersedia di mba.com yang memautkan taburan markah antara dua versi peperiksaan mengikut persentil. Dengan skala markah baharu Edisi Fokus GMAT, kedudukan persentil seharusnya mendapat perhatian utama daripada peserta ujian dan sekolah apabila berusaha untuk memahami keputusan itu.

“Apabila membandingkan markah Edisi Fokus GMAT dengan versi semasa Peperiksaan GMAT, kami menggalakkan peserta ujian dan sekolah membuat perbandingan kedudukan persentil daripada membandingkan jumlah markah,” tegas Manish Dharia, pengarah pembangunan produk di GMAC. “Ini kerana skala Jumlah Markah dan taburan skala markah telah berubah, membandingkan jumlah markah atau markah bahagian daripada versi semasa peperiksaan dengan Edisi Fokus GMAT adalah tidak sesuai, tidak tepat, atau bukan suatu perbandingan prestasi yang bermakna. Markah 600 dan 605 mungkin kelihatan serupa, tetapi kedua-duanya mewakili tahap prestasi yang amat berbeza dalam kemahiran yang berlainan.”

Usaha tambahan bagi memudahkan peralihan yang lancar dan penerimagunaan yang pantas

Apabila Edisi Fokus GMAT dilancarkan untuk baki tahun 2023, versi semasa peperiksaan GMAT akan terus tersedia kepada calon sehingga awal tahun depan bagi memudahkan persediaan dan penggunaan mereka yang sedang berjalan untuk sekolah perniagaan. Di samping itu, bagi tujuan tersebut, yuran Edisi Fokus GMAT akan kekal sama seperti peperiksaan GMAT semasa.

“Perlu diingatkan, semua markah peperiksaan GMAT – sama ada daripada GMAT semasa atau Edisi Fokus GMAT – masih sah digunakan selama 5 tahun,” kata Ashish Bhardwaj, naib presiden kanan dan ketua pembangunan pasaran di GMAC. “Dengan pengumuman awal edisi baharu ini, kami menggalakkan calon untuk meneruskan pendaftaran dan mengambil peperiksaan GMAT dengan cara yang terbaik bagi mereka dalam usaha meneruskan pendidikan pengurusan siswazah.”

Maklumat Tentang GMAC

Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah (GMAC) ialah persatuan yang berteraskan misi sekolah perniagaan siswazah terkemuka di seluruh dunia. GMAC menyediakan penyelidikan, persidangan industri, alat merekrut dan penilaian bertaraf dunia untuk industri pendidikan pengurusan siswazah serta sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu membimbing calon melalui perjalanan pendidikan tinggi mereka. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah (Graduate Management Admission Test™ – GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan.

Lebih daripada 12 juta bakal pelajar dalam setahun mempercayai laman web GMAC, termasuk mba.com, untuk mengetahui tentang MBA dan program sarjana perniagaan, berhubung dengan sekolah di seluruh dunia, membuat persediaan dan mendaftar untuk peperiksaan, serta mendapatkan nasihat supaya berjaya memohon program MBA dan sarjana perniagaan. BusinessBecause dan GMAC Tours ialah anak syarikat GMAC, organisasi global dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti kami, sila kunjungi www.gmac.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Hubungan Media:

Teresa Hsu
Pengurus Kanan, Perhubungan Media
No. Telefon Bimbit: 202-390-4180
thsu@gmac.com
 
Sumber: Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah (GMAC™)

No comments:

Post a Comment