Friday, May 26, 2023

TOSHIBA MELANCARKAN GEGANTI FOTO KECIL DENGAN MASA MENGHIDUPKAN BERKELAJUAN TINGGI YANG MEMBANTU MEMENDEKKAN MASA UJIAN UNTUK PENGUJI SEMIKONDUKTOR




Table

Toshiba: TLP3476S, geganti foto kecil yang membantu memendekkan masa ujian untuk penguji semikonduktor. (Grafik: Business Wire)


KAWASAKI, Jepun, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan "TLP3476S," geganti foto dalam pakej S-VSON4T yang mengurangkan masa menghidupkan kepada separuh berbanding produk semasa Toshiba, TLP3475S. Jumlah penghantaran bermula pada hari ini.

TLP3476S lebih pantas dan lebih kompak berbanding TLP3475S semasa Toshiba. Produk ini merealisasikan gandingan optik berkecekapan tinggi dengan menambah baik keluaran optik LED inframerah dan mengoptimumkan reka bentuk peranti pengesan foto (tatasusunan fotodiod). Ini meningkatkan kelajuan operasi dan memendekkan masa menghidupkan kepada maksimum 0.25ms -- 50% lebih pantas. Produk ini juga 20% lebih nipis, disebabkan oleh pakej S-VSON4T yang lebih kecil, serta berprofil rendah iaitu maksimum 1.4mm. Ini membantu mengurangkan saiz kelengkapan yang memerlukan berbilang papan.

TLP3476S sesuai untuk elektronik pin penguji semikonduktor, yang menggunakan sejumlah besar geganti, serta memerlukan masa pensuisan lebih pendek.
 
Aplikasi
· Penguji semikonduktor (penguji memori berkelajuan tinggi, penguji logik berkelajuan tinggi dan sebagainya)
· Kad kuar
· Kelengkapan pengukuran
 
Ciri Produk
· Pakej S-VSON4T kecil: 1.45mm × 2.0mm (tipikal), t=1.4mm (maksimum)
· Masa menghidupkan berkelajuan tinggi: tON=0.25ms (maksimum)

Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu.
TLP3476S

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang Pemencil/Geganti Keadaan Pepejal Toshiba.
Pemencil/Geganti Keadaan Pepejal

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, kunjungi:
TLP3476S
Beli Dalam Talian

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terlebih dahulu.

Maklumat Tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan termaju, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang luar biasa.
Tenaga kerja syarikat seramai 21,500 di seluruh dunia berkongsi keazaman untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai bersama dan pasaran baharu. Bersama jualan tahunan yang menghampiri 800 bilion yen (AS$6.1 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk orang ramai di mana-mana sahaja.
Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53406085/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


Bahagian untuk Dihubungi
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-44-548-2218
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

No comments:

Post a Comment