Thursday, May 11, 2023

GRADIANT MEMAJUKAN KELESTARIAN DALAM PERLOMBONGAN MELALUI PERKONGSIAN DENGAN SLB, RIO TINTO DAN SEBUAH SYARIKAT PERLOMBONGAN GLOBAL AUSTRALIA


BOSTON, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia dan pemaju penyelesaian global untuk rawatan air dan air buangan lanjutan, telah mengumumkan perkongsian dengan SLB (sebelum ini dikenali sebagai Schlumberger), Rio Tinto dan sebuah syarikat perlombongan global Australia yang bertujuan menambah baik produktiviti dan kelestarian dalam industri perlombongan dengan memberikan tumpuan kepada mengurangkan jejak karbon dan air. Projek-projek tersebut dijalankan di Amerika Syarikat dan Australia Barat untuk pemulihan sumber mineral kritikal dan air proses industri.

Kerjasama Gradiant dengan SLB dan syarikat perlombongan global Australia tersebut menyasarkan pemulihan logam berharga seperti litium, nikel dan kobalt, yang merupakan logam penting dalam menghasilkan bateri untuk kereta elektrik, telefon pintar dan komputer. Perlombongan bahan ini sangat rumit dan berintensif air. Tambahan pula, dengan peningkatan permintaan pasaran dan peraturan alam sekitar, perniagaan mesti mengenal pasti teknologi keberkesanan kos dan mampan. Teknologi Gradiant membolehkan tadbir urus air yang mampan, cekap dan menjimatkan melalui penyelesaian tersuai secara menyeluruh.

Usaha Gradiant dengan SLB mengintegrasikan teknologi Gradiant untuk memekatkan larutan litium dengan pengekstrakan litium langsung (DLE) SLB dan proses teknologi pengeluaran—membolehkan pengurangan masa ke pasaran dan jejak alam sekitar untuk pengekstrakan litium. Larutan tersebut mempertingkatkan impak proses pengekstrakan litium mampan dengan membolehkan tahap kepekatan litium yang tinggi dalam sekelip mata daripada menggunakan kaedah konvensional sambil mengurangkan pelepasan karbon, penggunaan tenaga dan kos modal berbanding kaedah berasaskan haba.

Untuk Rio Tinto, Gradiant akan menyediakan kemudahan baharu di Australia Barat bagi menggantikan kemudahan lama dengan menggunakan teknologi membran RO Infinity proprietari syarikat dan SmartOps Digital AI ke dalam operasi perlombongan sedia ada. Gradiant telah memperkenalkan dua teknologi bebas kimia ke dalam operasi bagi meminimumkan penggunaan bahan kimia dan pembuangan sisa.

Akhir sekali, teknologi RO Infinity dan SmartOps Gradiant akan memekatkan air buangan kompleks daripada pengeluaran nikel dan kobalt di kemudahan baharu di Australia Barat untuk sebuah syarikat perlombongan global, mencapai penjimatan kos sehingga 75% dengan jejak karbon dan air yang lebih rendah berbanding teknologi konvensional.

“Perlombongan ialah satu sektor perindustrian rumit yang unik dengan cabaran lokasi terpencil, jumlah sisa buangan yang besar, kualiti air yang sentiasa turun naik dan hasil akhir bernilai tinggi yang memerlukan kecekapan reka bentuk dan operasi tak terhenti,” kata Prakash Govindan, Ketua Pegawai Operasi Gradiant. “Peluang sebenar untuk teknologi air dalam industri perlombongan ialah pemulihan sumber dalam air buangan digandingkan dengan pembelajaran mesin AI. Kami teruja untuk bekerjasama memasuki era baharu pemulihan sumber mampan dengan para pengendali perlombongan utama di dunia. Ini berjaya dilaksanakan melalui pemahaman Gradiant yang mendalam tentang ilmu kimia rumit yang mendasari proses pengeluaran, yang kemudiannya beroperasi dengan teknologi digital pembelajaran mesin.”

Gradiant mereka bentuk, membina dan mengendalikan penyelesaian air dan digital yang lengkap, serta menyeluruh, merintis teknologi maju merentasi industri penting dunia. Teknologi ini mengurangkan penggunaan air tawar, memulih guna sumber berharga dan membaharui semula air kepada keadaan air tawar.

Mengenai Gradiant

Gradiant ialah syarikat air yang berlainan, ia mengatur tindanan teknologi yang penuh dengan penyelesaian kreatif bertujuan membantu industri utama dunia mencapai operasi mampan melalui penggunaan air secara bertanggungjawab. Syarikat tersebut menawarkan reka bentuk, binaan dan operasi penyelesaian air dan digital secara menyeluruh merentas industri, termasuk mikroelektronik, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal serta tenaga boleh baharu. Penyelesaian berinovatif Gradiant mengurangkan penggunaan air dan penghasilan air buangan, memulih guna sumber berharga dan membaharui semula air buangan kepada air tawar. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 900 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di gradiant.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Korporat:
Felix Wang
Naib Presiden Pemasaran, Gradiant
fwang@gradiant.com
 
Sumber: Gradiant

No comments:

Post a Comment