Tuesday, May 2, 2023

PERTUBUHAN PRODUKTIVITI ASIA (APO) MEMAJUKAN STRATEGI PRODUKTIVITI VIETNAM BAGI MENGEKALKAN MOMENTUM PERTUMBUHAN

Setiausaha Agung, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), Dr. Indra Pradana Singawinata (Kiri) bersama Perdana Menteri Pham Minh Chinh. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kerajaan Vietnam menegaskan semula pergantungan negara tersebut pada agenda dan strategi produktiviti yang diperbaharui bagi mengembang dan mengekalkan asas trajektori pertumbuhan ekonominya. Semasa sesi perbincangan dan pertukaran pendapat dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), Dr. Indra Pradana Singawinata di Hanoi pada 26 April 2023, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh menggariskan keperluan mendesak bagi meningkatkan prestasi produktiviti buruh dalam merealisasikan aspirasi Vietnam untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2045.

Perdana Menteri Pham menggariskan empat bidang menyeluruh untuk meletakkan pertumbuhan produktiviti buruh negara kembali pada landasan prestasi yang diharapkan. Meningkatkan kualiti institusi, menaik taraf pembangunan modal insan, memajukan kapasiti tadbir urus dan memperhalus pengurusan sumber akan menjadi asas kepada strategi dan pergerakan produktiviti Vietnam yang dijalankan seiring dengan usaha menaikkan keupayaan inovasi. Beberapa projek rintis negara akan dilancarkan dalam industri terpilih yang berupaya menambah baik produktiviti buruh dengan ketara melalui kerjasama sektor swasta dan pihak berkepentingan lain. Sambil menghargai sokongan yang lama dan berterusan daripada Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), kerjasama yang lebih mendalam dan bantuan yang diperluas turut ditegaskan oleh Perdana Menteri sebagai strategi utama.

Kestabilan sosioekonomi, kualiti modal insan dan sikap terhadap kerja ialah antara asas yang boleh dimanfaatkan oleh Vietnam dalam menyasarkan kemakmuran yang lebih besar, kata Dr. Indra sebagai respons kepada permintaan Perdana Menteri Pham untuk khidmat nasihat mengenai jalan penyelesaian yang boleh dilaksanakan terhadap cabaran sedia ada. Setiausaha Agung tersebut menekankan keperluan melihat ke dalam susunan institusi pergerakan produktiviti kerana ini merupakan bahan utama ekonomi yang amat produktif. Institusi bersama-sama menghalusi pelarasan dengan mengutamakan agenda produktiviti dan pengukuhan kapasiti institusi penggalak produktiviti utama secara berterusan boleh membantu menterjemahkan strategi kepada hasil yang nyata, tambah Setiausaha Agung.

PERTUBUHAN PRODUKTIVITI ASIA (APO) MEMAJUKAN STRATEGI PRODUKTIVITI VIETNAM BAGI MENGEKALKAN MOMENTUM PERTUMBUHAN

No comments:

Post a Comment