Thursday, May 11, 2023

STARR INSURANCE MELEBARKAN SAYAP DI MALAYSIA

 NEW YORK, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Insurance Companies telah mengumumkan pada hari ini bahawa mereka telah melebarkan sayap di Malaysia melalui penubuhan Cawangan Labuan (“Starr Labuan”) Starr International Insurance (Singapore) Pte. Ltd., sebuah syarikat insurans am yang diatur di bawah undang-undang Singapura. Starr Labuan telah mendapatkan lesen daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan untuk insurans am dan insurans semula Labuan. Urusan perniagaan baharu dan pembaharuan yang sebelum ini disediakan oleh Starr Underwriting Agents (Labuan) Limited akan dialihkan kepada Starr Labuan.


Penubuhan Starr Labuan menunjukkan komitmen Starr kepada rantau Asia Pasifik yang lebih luas dan memberi Starr platform untuk meluaskan skop penawaran produk insurans (semula) mereka untuk pemegang polisi dan syarikat penyerahan di Malaysia.

“Malaysia adalah salah satu ekonomi yang paling pantas berkembang dalam rantau ini,” kata Philip Finley, Presiden, Pengurus Rantau Asia Pasifik untuk Starr. “Lesen baharu ini menyediakan Starr dengan kemudahan baharu yang penting untuk memenuhi keperluan insurans dan insurans semula syarikat di seluruh Malaysia.”

Rawi Letchumanan akan menyelia Starr Labuan sebagai Pengurus tempatan.

Perihal Starr Insurance Companies

Starr Insurance Companies (atau Starr) ialah nama pemasaran bagi syarikat insurans dan bantuan perjalanan yang beroperasi dan anak syarikat Starr International Company, Inc. dan bagi syarikat pelaburan C. V. Starr & Co., Inc. dan anak syarikat mereka. Starr ialah organisasi insurans dan pelaburan yang terkemuka dengan kehadiran di enam benua, melalui operasi syarikat insurans mereka, Starr menyediakan produk insurans hartanah, kasualti, dan kemalangan dan kesihatan serta pelbagai perlindungan istimewa termasuk insurans penerbangan, marin, tenaga dan kasualti tambahan. Setiap anak syarikat Starr yang bertempat di A.S., Bermuda, China, Hong Kong, Malta, Singapura, Switzerland dan U.K. mempunyai penarafan A.M. Best bertaraf “A” (Cemerlang). Sindikat Lloyd Starr mempunyai penarafan Standard & Poor bertaraf “A+” (Kuat).

Lawati kami di www.starrcompanies.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan

Charlie Armstrong
Naib Presiden, Pemasaran
charlie.armstrong@starrcompanies.com, 646.758.8308
 
Sumber: Starr Insurance Companies

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment