Thursday, December 1, 2022

"UNIVERSITI CAMBRIDGE DI TIMUR" BERSINAR: UNIVERSITI ZHEJIANG YANG BERFIKIRAN GLOBAL MEMAINKAN SATU PERANAN YANG SEMAKIN MENINGKAT DI DALAM MENDORONG SDG

ZJU sedang mengusahakan 17 SDG


HANGZHOU, China, 30 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Agung Keenam Belas bagi Akademi Sains Dunia untuk kemajuan sains di negara-negara membangun (TWAS) telah diadakan di dalam satu format hibrid dari 21 hingga 24 November.

Beratus-ratus ahli sains -- termasuk felo TWAS, Gabungan Muda dan Alumni TWAS, menteri-menteri sains dan teknologi, dan orang kenamaan dari seluruh dunia -- berkumpul dalam satu mesyuarat dalam talian dan luar talian di Hangzhou, ibu kota bagi wilayah pantai timur China Zhejiang.

Dalam Tahun Antarabangsa bagi Sains Asas untuk Pembangunan Lestari yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mereka telah membincangkan cara bagaimana untuk memanfaatkan sains asas bagi menggalakkan pengambilan keputusan berasaskan bukti dan pembangunan lestari di negara-negara membangun.

Acara di luar talian itu telah diadakan di sebuah universiti yang paling berprestij di China, Universiti Zhejiang (ZJU), di mana saintis British yang terkenal Dr. Joseph Needham telah menyifatkannya sebagai "Universiti Cambridge di Timur".

Sebab mengapa institusi pengajian tinggi China ini berhak menjadi tuan rumah bagi satu persidangan antarabangsa yang berpengaruh itu bukan sahaja kerana sejarah selama 125 tahun dan warisan akademik mereka, tetapi juga kerana komitmen mereka yang telah lama wujud terhadap tanggungjawab sosial dan komitmen global sebagai satu titik permulaan yang penting dan matlamat bagi penanaman bakat, penyelidikan saintifik dan perkhidmatan sosial.

Sebagai sebuah universiti penyelidikan komprehensif yang terkemuka, pencapaian penyelidikan ZJU di dalam banyak bidang sains asas menyumbang kepada merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB 2030.

No comments:

Post a Comment